Friday 26 August 2011

Salam Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka. Selamat Bercuti. Semoga Diberkati Allah sentiasa.



gambar ihsan dari google

Koleksi Orkid

Dulu saya tak minat sangat tanam pokok bunga orkid. Sebabnya susah nak berbunga. Lepas tu bunga tak keluar, pokok dah mati. Hampir putus asa jugaklah. Tapi saya cuba jugak tanam. Akhirnya berkat kesabaran ( ehem2 ) akhirnya menjadi jugak pokok orkid saya. Masing2 dah rajin berbunga. Thanx to my beloved mom coz dia rajin bajakan pokok orkid saya tu ngan baja taik kambing. Sampai sekarang pokok orkid tu rajin berbunga. Alhamdulillah. Pada masa gambar bunga2 ni diambil ada juga beberapa pokok yang baru habis berbunga. Yang tu next time saya post kan kat sini.



Nilah dia bunga orkid saya yang berbunga pada ketika itu. Pokoknya tak lah banyak sangat. Belum tahap jadi nursery orkid lagi. Hihi.



Wednesday 24 August 2011

Sawiku...Apa Sudah Jadi?

Kesian kat pokok sawi saya ni. Baru nak berkembang dah dimakan serangga. Hampir kesemua pokok sawi dimakan serangga kecil macam kumbang. Akibatnya daun sawi berlubang-lubang dah dibuatnya. :< Dah rezeki si kumbang.


Deretan anak pokok sawi


Pada ketika ini pokok sawi masih cantik daunnya


Bermula beberapa hari lepas 'geng kumbang kecil' mula menyerang

Nilah hasil serangan kumbang kecik tu... Daun baru keluar pun dimakannya sekali.

Sebelum ni saya dah pernah cuba buat racun organik. Campuran bawang putih, cili, air dan sedikit dishwasher. Tapi tak berkesan. Mungkin sukatan tak betul agaknya.

Tuesday 23 August 2011

Jade Dan Clock Vine

Kunjungan ke Cameron Highlands tempoh hari memberi peluang saya melihat lebih dekat dua jenis bunga yang unik ini. Bunganya tergantung macam chandelier.




Clock Vine


Jade Vine...

Teringin nak tanam. Merayap di pergola tentu cantik.

Tomato Ceri

First time tanam tomato ceri. Pokok tak lah besar sangat coz tanam dalam pasu kecik. Dah mula berbunga dan harap buahnya menjadi.


Bunga tomato ceri sebelum kembang

Bunga tomato ceri mula kembang


Sebiji tomato ceri dah terbentuk....

Saturday 20 August 2011

Ros Di Cameron Highlands

Banyak sangat bunga ros. Rambang mata dibuatnya. Cuma sempat tangkap beberapa jenis jer.



Kenali Diri Melalui Pokok Yang DiGemari

Jangan tak tau. Personaliti diri kita dan orang lain boleh kita baca melalui pokok kegemaran. Selalunya kita boleh kenal ciri diri melalui warna kan. Pokok juga boleh memberi perlambangan mengenai diri seseorang. Di sini saya kongsingkan beberapa jenis pokok berserta ciri-ciri diri seseorang. Ini hanyalah sebagai panduan, tidak semestinya betul dan tepat ye. Mana-mana ciri-ciri yang negatif itu kita perlu perbaiki ke arah positif untuk menjadi seorang yang baik. InsyaAllah.

1. Pokok kelapa

Rajin bekerja
Mudah membantu orang lain
Mudah bergaul dengan orang lain
Disukai ramai
Dikenali ramai
Dipandang rendah
Merendah diri
Boleh buat semua kerja
Golongan bawahan
Sanggup tanggung risiko

2. Pokok bunga ros/ kertas

Lebih suka kepada aktiviti yang bersih
Jika dimajlis keramaian, sesuai bertugas sebagai penyambut tetamu
Kurang sesuai buat kerja berat seperti basuh pinggan
Boleh berkata tidak kalau dia tidak suka
Kadang-kadang ditakuti orang
Sesuai kerja-kerja seperti guru dan pramugari
Suka kecantikan

3. Pokok orkid

Suka menumpang orang lain
Perlu menumpang orang lain
Kadang-kadang sombong
Kurang pendirian
Suka kecantikan

4. Pokok kaktus

Sukar untuk menolong orang
Kata-katanya adakalanya menyakitkan hati jika tidak dikawal
Tahan penderitaan untuk memperoleh apa yang dihajati
Sabar dan tabah

5. Pokok bunga raya

Syok sendiri
Adakalanya berasa tinggi diri
Tidak pedulikan orang walaupun berkedudukan tinggi
Berjiwa rakyat
Tidak suka buat kerja berat

6. Pokok bonsai

Unik
Mempunyai kemahiran tersendiri
Kreatif
Mempunyai potensi yang tinggi jika dibentuk dengan betul

Dipetik dari Buku Asas Membina Kepimpinan dan Jatidiri : Dr Kamaruzzaman Jalaludin

Friday 19 August 2011

Bunga Cina

Pokok bunga cina memang terkenal dengan baunya yang harum. Masa kecik2 dulu, banyak di tanam di kawasan kampung. Bunga cina dulu2 banyak lapis. Tapi yang saya beli kat nursery ni cuma satu lapis je. Baunya tetap sama. Cuma tak tahan lama...dalam 3 ke 4 hari je. Tu yang frust skit tu.


Mudah ditanam dan mudah berbunga...


Tapi cuma bertahan seketika... ;<

Wednesday 17 August 2011

Tanam Carrot?

Beberapa bulan lepas sewaktu berkunjung ke kedai peladang, ternampak benih carrot. Dalam hati tertanya2. Eh. Boleh hidup ke carrot kat sini? Dengan cuaca panas tentu tak sesuai kan. Mula2 fikir macam tu la. Generalisasi tu tak tepat rupanya. Saya mula semai benih carrot tu atas tisu dapur yang dibasahkan. Apabila bercambah dan tinggi sedikit, saya alihkan ke pasu. Dan hasilnya boleh la tengok kat bawah nanti. Isinya ada ke tak? hihi. Itu tak pasti lagi. Apa yang penting...daunnya ada. ;>


Pokok carrot dalam botol jus twister.

Pokok sawi tumpang 'semangkuk'.

Daun pokok carrot yang mula meninggi.




Tuesday 16 August 2011

Hajat Tercapai

Sudah lama saya mencari pokok rosemary ni. Selama ni asyik tengok dalam program masakan kat AFC dan TLC jer. Tengok chef2 guna daun rosemary dalam masakan mereka. Daunnya hijau runcing memang cantik ditambah pula dengan aroma herbanya tu. Kesempatan bercuti di Cameron Highlands tempoh hari saya beranikan diri membawa pulang sepasu pokok rosemary. Dalam hati berdetik cuba tawakal. Kalau hidup, alhamdulillah. Kalau tak tahan lama, tak apalah. Lagipun tak lah mahal sangat harganya. So dah hampir 2 bulan pokok rosemary berhadapan dengan perubahan cuaca kat sini. Alhamdulillah masih hidup subur.






Beberapa hari ni saya baru perasan, ada tompok putih kat beberapa helai daun. Apabila diperhati lebih dekat, rupanya ada serangga halus berwarna hitam pada daun tu. Emmm...macamna nak halau serangga tu ek?

Monday 15 August 2011

Salam Perkenalan Di Alam Maya

Testing,testing. Salam perkenalan untuk semua. Salam Ramadhan. Untuk posting pertama, blog kembojaputih ingin kongsikan beberapa gambar sewaktu musim cuti yang lalu di Cameron Highlands. Tuan punya blog pantang tengok pokok, terus nak snap. Kebanyakkan gambar diambil di Stesen Mardi, Cameron Highlands.






Seperti diketahui ramai, terdapat pelbagai jenis pokok bunga yang cantik-cantik di Cameron Highlands ni. Saya sempat upload sedikit sahaja, maklumlah tuan blog baru nak belajar. InsyaAllah ada kelapangan tuan blog akan share lagi gambar di Cameron Highlands.