Tuesday 27 September 2011

Sayur Besar

Sayur-sayuran yang ditanam di tanah tinggi memang subur. Saiznya pun besar-besar. Geram betul bila tengok. Gambar sayur besar ni saya ambil di MARDI, Cameron Highlands.




labu besar


kohl rabi


ni sawi ke daun salad



ni pun tak pasti sayur apa. labu ke kundur?

Monday 26 September 2011

Warna Warni Gerbera

Baru-baru ni saya ke Cameron Highlands lagi. Tahun ni sahaja dah masuk 3 kali saya ke sana. Bezanya kali ni pergi dengan budak-budak sekolah. 3 buah bas semuanya. Jenuh melayan gelagat mereka. Sebab tu dah hampir seminggu saya tak berkesempatan online. So untuk kali ni saya kongsikan keceriaan bunga gerbera di Cameron Highlands.




Deretan bunga gerbera di atas tanah


Bunga gerbera bersaiz besar. Warna pun terang.


Sunday 18 September 2011

Betik Sudah Berbuah

Sepohon betik ni ditanam oleh mak saya di hadapan rumah. Pada mulanya kami ingatkan betik ni takkan berbuah sebab bunganya asyik gugur je. Tapi alhamdulillah, setelah lama menunggu akhirnya lekat jugak buahnya.


Pokok betik yang sama tinggi dengan saya ;>


Pokok betik mengeluarkan bunga yang banyak


Buah betik mengikut usia



Bunga betik pun cantik jugak kan :>

Friday 16 September 2011

Terkini: Carrot Fresh Dari Ladang

Sebulan yang lepas saya post entri tentang pokok carrot. Masa tu carrot dah berdaun lebat. Cuma saya tak pasti berapa lama dah saya tanam carrot tu. jadi hari ni, semasa jenguk tanaman di halaman rumah, saya nampak isi carrot dah menonjol di permukaan tanah. Tanpa melengahkan masa, laju je tangan ni tarik keluar carrot tu. Ni lah hasilnya. :>




Carrot bersama daunnya


Boleh dipanggil baby carrot coz saiznya yang sebesar ibu jari je.

Monday 12 September 2011

Cendawan Selepas Hujan

Sejak dua tiga hari ni, hujan turun membasahi bumi kawasan sini pada sebelah petang. Alhamdulillah. Nyaman dan sejuk suasana. Dapat jugak jimatkan air siram pokok-pokok. ;>
Balik kerja petang tadi masa keluar dari kereta, ternampak tompok putih atas rumput. Saya pun pergi la jenguk lebih dekat nak tau apa ke bendanya. Laa rupanya ada sepohon cendawan yang tumbuh di celah-celah rumput. Apa lagi, tanpa buang masa terus snap gambar cendawan tu. Tak pasti la pulak cendawan ni beracun ke tidak. Ni la gambar cendawan tu.





Cendawan dari jarak dekat

Besar jugak cendawan ni. Lebih kurang besar tapak tangan.

Merahnya Si Ros Kecil

Ros mini ni asalnya penyeri laman sekolah. Sayangnya sekarang dah tinggal pasunya jer. Gambar nie hanya menjadi kenangan. ;>