Thursday 24 May 2012

Musim Cuti Sudah Bermula


Pic dari yahoo

Selama 2 minggu laman kembojaputih akan bercuti. 1 minggu di Kelantan dan 1 minggu lagi makan angin di Korea ( school trip ). Risau jugak keadaan pokok2 di rumah. Terpaksa menyusahkan mak untuk tengok2 dan siram mereka. Harap2 semua berada dalam keadaan baik sehingga musim cuti berakhir. InsyaAllah operasi kebun akan bersambung lagi nanti dengan projek tanam sayur pulak. Banyak benih sedang menunggu. Tak sabar rasanya ni. ;>

Tuesday 22 May 2012

Kisah hari ini, Rama-rama dan Bunga

gambar dari google





Jom baca cerita pulak. Saya pilih kisah ni sebab ada kaitan dengan kandungan blog kita.

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.

Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.

Lelaki ini sedih,tidak faham mengapa pemberiaanNya berbeza dengan permintaanya.
Kemudian dia berfikir... Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.Lalu dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Selepas beberapa lama,lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya...
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu
tumbuh bunga yang cantik dan daripada ulat telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!
Cara Allah sentiasa cara terbaik...
walaupun kelihatan semuanya salah...

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah
PERCAYALAH...
pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai..

Apa yang anda pinta
tidak semestinya apa yang diperlukan!
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan,
teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh..

DURI hari ini...
adalah BUNGA hari esok!

Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka
yang menyerahkan ketentuan kepada Nya....

PS: kepada rakan-rakan yang mengalami kegagalan dalam usaha berkebun, jangan sesekali putus asa ye. Keep on trying and keep on gardening. Jangan lupa update kat blog. Boleh sama-sama 'cuci mata'.

Musim Orkid Berkembang...

Sekarang musim orkid berbunga. Di rumah mak 3 jenis orkid dah kembang dan yang lain tunggu turn untuk menyerlahkan diri. Kat rumah rakan-rakan yang tanam orkid macamana? Dah berbunga? Kalau belum bersabar ye. ;> Kali ni nak share pic orkid kat rumah.


Orkid jenis boleh tanam atas tanah. Letak je, tinggal, hidup. ;>

Yang ni pun sama. Tanam atas tanah.

Yang ini tanam dalam pasu. Dah banyak kali potong dan semai semula bila dah tinggi sangat.

Sunday 20 May 2012

Menjengah Ke Laman Dapur

Kali ni baru ada peluang nak share laman belakang rumah. Laman ni dalam cadangan nak jadikan laman dapur untuk tanam pokok-pokok yang boleh dimakan. Antara yang dah mendiami lebih awal laman ni 2 rumpun serai, sepohon pokok limau kasturi, pokok kacang botol yang dah mula merayap-rayap, pokok cili, sepohon pokok daun sup, sepohon pokok daun bawang dan ulam raja. Semua sepohon, tu je yang sempat. Lagipun area ni nak kena kerja kuat sebab tanahnya terlebih keras sarat dengan batu batan. Nak buat vege patch pun ambil masa. Tuan rumah pulak asyik bz memanjang. Entah bila boleh jadi kenyataan.


Pokok bawang. Dah berapa kali jadi hiasan hidangan. Walaupun kecik, tapi jasanya besar. ;>

Pokok ulam raja masih rendah. Disebabkan ada sepokok sahaja tu pun agak lambat besar sebab keadaan tanah yang keras. Belum dipetik lagi ni. Beri peluang dia meninggi dulu.



Bunga Ros Dah Lengkap Berkembang

Alhamdulillah. Sudah berapa hari tak menjenguk ke rumah. Tiba sahaja mata terpandang ke pasu bunga ros. Semua dah selamat mekar. Dalam minggu ni hujan turun sebelah petang, jadi tak risau sangat nak datang siram pokok-pokok kat sini.


Antara kuntum yang mekar. Cantik, tapi bau wanginya sedikit sahaja.
Semua lima kuntum selamat kembang. Tak der yang terjejas.


Wednesday 16 May 2012

Stok Benih Sudah Sampai

Kelmarin sampai saje ke rumah tengok atas meja ada bungkusan kotak kecil. Bila tengok dari siapa tau dah isi kat dalamnya. Tu lah dia stok benih yang saya beli dari Diana di blog Kebun Bahagia Bersama. Kali ni bukan benih sayur tapi koleksi beberapa jenis pokok bunga dari jenis berubi. Terima kasih Diana. ( gambar tak sempat ambik lagi ). Projek tanam sayur pun dah lama tertangguh kerana kesibukan kerja. Sebab tu asyik update pokok bunga jer sekarang. Apapun kepada rakan blogger lain, teruskan usaha bercucuk tanam ye.

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum. Selamat pagi kepada semua yang sudi menjengah blog saya ni. Ada 15 minit lagi sebelum saya ke tempat kerja. ( sempat lagi curi masa conteng2 kat blog ) just nak ucap Selamat Hari Guru kepada semua guru kat Malaysia. Semoga terus sukses dalam mendidik dan mengajar anak bangsa tanpa rasa jemu. Tanamkan "jiwa keguruan" dalam diri agar terus istiqamah. Sisihkan persepsi "berkerjaya cikgu " semata-mata, kerana itu menjauhkan hati dari sikap ikhlas dalam melaksanakan tugas. (ingatan untuk diri sendiri juga) Selamat Hari Guru.

Sunday 13 May 2012

Pokok Bunga Cosmos

Biji benih cosmos ni dah lama dibeli dari En. Iskandar. Tapi baru sekarang saya berpeluang menyemainya. Setelah beberapa hari disemai alhamdulillah 5 biji benih dah bercambah. Sebenarnya saya ada semai benih comos yang dibeli dari pasaraya, bunga berwarna merah, tapi tak bercambah. Hanya yang dibeli dari En. Iskandar sahaja yang aktif. Tapi lebihan yang dibeli dari pasaraya tu ada lagi, boleh cuba semai semula selepas ni. Kalau ada rezeki, harap-harap hidup. InsyaAllah.



Pokok bunga cosmos tumbuh disebelah pokok ros. Pasu ros ni dah jadi 'rumah tumpangan' untuk semaian benih. Nasib baik dia tak 'berkira'. Maaf, gambar agak blur. Tak sabar nak tunggu cosmos berbunga.

Keembung Disana Sini

Pokok bunga keembung ( balsam ) amat mudah ditanam. Pokok ni juga tak perlukan penjagaan yang terlalu rapi. Tanam sepokok pun dan memadai. Bila dah berbunga dan mengeluarkan biji benih, pokok ni akan bertambah dengan sendirinya.



 Sekelompok pokok bunga keembung sebagai penyeri laman.


 Anak-anak benih keembung berteraburan disana sini.

 
Keembung merah muda

Monday 7 May 2012

Ros Menunggu Masa

Salam kepada semua. Bunga ros memang tak asing bagi kaum hawa. Boleh dikatakan rata-rata kaum hawa gemar bunga ros. Ikutkan hati nak tanam setiap jenis dan setiap warna pokok bunga ros. Namun menanam pokok bunga ros merupakan cabaran besar. Kena sabar. Bukan apa, tak kena gaya, cepat pulak matinya. Saya pernah bawa balik pokok ros Cameron Highlands. Lebih kurang seminggu je tahan dengan cuaca kat bawah ni. So saya pun ambil keputusan tanam ros kampung ajelah. Lebih lasak. Tambah pulak baunya pun wangi. Tapi beberapa bulan lalu saya ada beli pokok bunga ros dari nursery. Dwi warna. Pokok ni dari Thailand. Alhamadulillah. Kali ni dah masuk 4 kali berbunga. Setelah ditukar pasu, makin subur pulak. Sekarang menunggu masa untuk berkembang lagi. Saya ada beli majalah LAMAN  (edisi bulan bila tak ingat ) nanti ada kesempatan saya kongsikan. Dalam tu ada fokus cara jaga dan tanam pokok ros.Salah satu tips jaga pokok ros yang dinyatakan dalam majalah tu bila time siram pastikan siram di bahagian batang sahaja. Jangan bagi air kena daun. Kalau tidak daun akan bertukar kekuningan dan gugur. Jadi boleh lah cuba ye.


Dah pindah ke "rumah baru "..Banyak cabang baru dah keluar..



Salah satu kuntum yang bakal berkembang. Ada 5 semuanya. 


Akan kembang dengan warna seperti ini. InsyaAllah.
Ni masa mula-mula dibeli dari nursery tahun lepas.

Thursday 3 May 2012

Rumput Di Laman Rumah

Masalah mula-mula duduk rumah baru ialah rumput rampai yang tumbuh menghiasi laman. Subur sunguh. Laman rumah ni tak lah luas mana, tapi masa nak merumpai tu tak larat jugak dibuatnya. Tambah pulak dengan keadaan tanah yag keras dan berbatu-batu. Susah nak mencabut rumput-rumput tu. Kena tunggu time lepas hujan barulah senang sikit. Waktu tu tanah agak lembut, laju je kerja-kerja mencabut rumput. Dalam banyak-banyak rumput rampai yang tumbuh ada 2 jenis yang saya sengaja tinggalkan untuk menutup tanah.



Antara rumput yang banyak tumbuh.

 Ni sama yang atas.

 Ni pun tumbuh liar jugak. Cantik bila penuh. Daunnya kecil-kecil.

Yang ni saya tanam. Nak sama macam yang atas cuma daunnya lebih besar dan ada bunga warna kuning. Banyak di tanam sebagai penutup bumi.

Wednesday 2 May 2012

Kenanga Sudah Berbunga

Pertama kali tanam pokok bunga kenanga. Dalam keadaan tanah di laman yang agak keras dan berbatu-batu, pokok bunga kenanga boleh dikatakan tahan lasak jugak la. Walaupun secara fizikalnya nampak macam terbantut jer, tapi pokok ni tak mengecewakan. Masih sudi mengeluarkan bunga untuk dicium baunya yang harum. Alhamdulillah.


 Pokoknya tak tinggi. Daun pun tak banyak Kesian. Nampak tak tanah kat area belakang.
Banyak sungguh batu-batu yang ditinggalkan oleh pekerja. Tak terlarat nak kutip dan korek buang.

 Putik bunga kenanga.

 Yang ni dah mula kembang. Tapi still warna hijau. Waktu ni bau tak keluar lagi.

Bila dah bertukar ke warna hijau kekuningan, baunya pun mula harum.