Tuesday 26 June 2012

Ixia Sudah Bercambah

Lagi benih yang dibeli dari Kebun Bahagia Bersama. Ini benih pokok bunga ixia yang saya semai bersama benih pokok gladiolus. Sudah menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan. Alhamdulillah. Sekarang saya sedang menyemai beberapa benih sayur. Tapi kena ditingallkan untuk dijaga oleh suami ( dah pesan siap2 agar tak lupa disiram ) ;> sebab saya sedang berkursus di Seremban. Harap semuanya berada dalam keadaan baik apabila pulang nanti. Ni pun asyik teringat kat pokok-pokok tu. ;>

Baki benih yang belum disemai

Dah keluar muncung dah...



Contoh bunga ixia. ( dr google )

Monday 25 June 2012

Rose Kembang Setaman

Haaa jangan terkejut. Ni bukan taman ros saya ye. Taman ros ni terletak di  Everland Park, Korea. Sewaktu saya berkunjung ke sana tempoh hari sedang berlangsung Rose Festival. Terdapat pelbagai jenis bunga ros sedang mekar dengan kuntum yang sebesar tapak tangan. Hampir 'mabuk bunga ros' jadinya. Hinggakan terlupa nak main rollercoaster. ;>  (macam lah berani sangat)




Tuesday 19 June 2012

Evening Sunflower Sudah Kembang

 Benih pokok bunga matahari ni saya beli dari Diana ( MalayKadazanGirl ). Ada dua benih bunga matahari yang saya beli : evening sunflower dan mammoth sunflower. Bila saya tanam, saiz pokok bunga matahari ni tak lah besar sangat seperti yang ditanam oleh Diana. Pokoknya jadi rendah dan saiz bunga jadi kecik je. mungkin tak cukup baja agaknya. Tapi puas hati jugak sebab bunganya dua warna. Cantik. Masa ni belum kembang penuh lagi.


Evening sunflower.


Monday 18 June 2012

Pokok Bunga Gladiolus

Pokok bunga gladiolus yang dibeli dari Kebunbahagiabersama ni saya semai sebelum pergi bercuti akhir bulan lalu. Apabila pulang ke rumah dah nampak keluar daun. Bila nak berbunga? haa tu kena sabar menunggu. ;>


Masa ni daun pertama muncul. Sekarang ni dah ada daun ke dua.

Berharap sangat akan berbunga seperti ini. ( gambar dr google ) ;>

Sunday 17 June 2012

Update Pokok Cili

Kali ni saya update pokok cili yang saya tanam 2 bulan lepas. Lambat benar membesar sebab saya pun kurang beri perhatian. Pokok cili ni saya dah alih ke dalam bekas styrofoam. Alhamdulillah pokok ni dah sihat sejak saya siram dengan air basuhan beras. Cuma belum nampak tanda-tanda akan berbunga. Yang sedihnya pokok ni mula diserang bena. Tiba masa untuk cuba resepi dari En. Iskandar ni.


 Daun pokok cili dah gemuk.    

Semut-semut sedang mengerumuni bena.

Pucuk daun dah kerinting akibat serangan bena.

Thursday 14 June 2012

Zinnia Di Laman

Benih bunga zinnia ni pemberian adik di pandamaran yang ditanam di kawasan office tempat kerjanya. Mulanya pokok ni tumbuh agak perlahan. Dah mula berbunga sejak beberapa minggu yang lepas. Pokok pun dah tinggi.

Pokok bunga zinnia saya tanam berderet di tepi pagar.

Ada 2 jenis zinnia yang mempunyai kelopak berbeza. Yang ni kelopak agak membulat dan pendek.

Yang ni pula kelopak panjang dan kurus.

Ni warna merah gelap.

Wednesday 13 June 2012

Iris Di Mt Sorak

Kata orang kunjungan ke Mt Sorak merupakan kemestian apabila melancong ke Korea Selatan. Pada masa rombongan saya ke sana memang ramai pelancong termasuk dari Malaysia. Sempat lagi 'berjejak kasih' dengan mereka kat sana. Hihi. Mt Sorak ni ibarat Gunung Mat Cincang di Langkawi sebab ada kereta kabel untuk ke atas. Cuma kereta kabel disini boleh naik ramai-ramai dalam 50 orang, jadi tak la rasa takot atau  gayat sangat. Dekat bawah Mt Sorak masa duduk melepak tu ada la sekelompok bunga iris sedang kembang. Masing-masing pakat duk snap pic bunga iris ni. Ni jer yang ada sebab musim bunga dah habis.




Rasanya kena tanam jgk kat rumah ni... emmm..

Tunggu kereta kabel untuk ke puncak Mt Sorak.






Monday 11 June 2012

Kembali Bekerja

Musim cuti berlalu sudah. Rutin harian bermula seperti biasa. Sebaik sampai dirumah, terus jenguk laman. Alhamdulillah. Pokok-pokok masih  subur dan yang paling galak ialah rumput rampai. Hati rasa gembira apabila pokok yang saya tanam sebelum bercuti dah menunjukkan pertumbuhan antaranya pokok bunga gladiolus dan marigold yang dibeli dari diana bulan lepas. Cuma gambar belum diambil lagi. Kesempatan bercuti di Korea tempoh hari beri peluang untuk saya meluaskan pandangan di negara orang. Ternyata sungguh berbeza baik muka bumi mahupun tumbuhan di sana. Sayang sekali musim bunga baru sahaja berakhir dan berganti dengan musim panas. Tapi tak menghampakan kerana saya dan rombongan "cik kiah junior" ( murid sekolah ) dibawa ke kawasan rural atau pergunungan di sebelah utara korea selatan. Suasana sejuk dan nyaman, pokok pine memenuhi gunung dan tanah pamah ditanam dengan pelbagai jenis sayuran. Sejuk mata memandang. Ternyata orang korea ni suka berkebun, kenapa tidak hinggakan dalam bandar pun masih ada ruang untuk tanam sayur dan padi. Ok lah tak nak citer panjang-panjang, cuci mata dulu gambar bunga yang sempat saya snap berdekatan hotel pertama penginapan saya dan rombongan.

sepasu penuh bunga daisy.

daisy putih.


ni kalau tak silap bunga cosmos. tapi daunnya berbeza dari cosmos yang saya tanam kerana daunnya lebih mirip kepada daun ulam raja, yang ni lain.

cantik kan kalau tanam banyak-banyak, sekali berbunga serentak. penuh kuning sekeliling rumah.

cosmos kuning ni dapat dilihat hidup liar dikawasan bukit sepanjang jalan.