Thursday 31 January 2013

Ros Yang Rajin Berbunga

Pokok ros ini dibeli bulan disember yang lalu di Sungai Buloh, tapi bukan lot 57. Tujuan ke sana memang nak ke lot 57 tapi bila sampai nursery tu tutup lunch. Frust sangat. Cuma jenguk-jenguk luar pagar aje. Oleh kerana tak mau pulang dengan tangan kosong, singgah la satu nursery, lot berapa tak ingat. Tapi nursery ni jual macam-macam pokok termasuk ros. Jadi saya pun rembat yang ni sepasu yang dah siap ditanam dalam pasu tanah liat. Dah jimat tak perlu repot. Hihi. Sejak dibawa balik, diberi baja, disembur dengan ros care, ros ni belum stop berbunga. Alhamdulillah. Setelah digoogle kalau tak silap, nama ros ni lavaglut. Dan memang jenis yang sentiasa berbunga dan senang dijaga. Walaupun tak berbau wangi, namun kemeriahan berbunga menyejukkan hati. ;>

Ros lavaglut. Kalau silap harap betulkan ye.

warnan merah hati. Saiznya besar sikit dari ros mini.

Ada yang berbunga sekuntum, ada yang keluar berkuntum.

Lagi kuntum bunga. Yang penting sekali pokok perlu sihat.



Sunday 20 January 2013

Ros Penyeri Laman

Saya antara yang baru berjinak-jinak menanam pokok bunga ros. Sebelum ni ada la 2 pasu ros saya tanam. Namun waktu tu sekadar tanam sahaja. Kurang beri perhatian. Akibatnya sepasu sudah mati dan tinggal lagi sepasu ros kampung. Tu pun dah nyawa-nyawa ikan. Setelah saya terjumpa beberapa blog yang berjaya tanam ros hingga kan dah jadi taman ros, tiba-tiba teruja dan minat tu timbul semula. Dari situ saya betul-betul beri perhatian dan cuba ikut tips-tips yang mereka kongsikan untuk menanam ros. Alhamdulillah, ros kampung yang nyawa-nyawa ikan tu dah subur semula dan berbunga kembali. Hari ni nak kongsi ros spesis cameron highland yang kecik je sizenya. Ni pun masa seminggu dibeli hampir mati. Setelah diletak ditengah panas dan disembur rosecare dah kembali ceria. Seceria hati tuannya jugak.

Daun dah hijau semula. Dulu hampir togel. hihi

Hujan dah mula turun balik. Masa hujan ros mudah kena penyakit.

Rupanya ros suka panas. Dulu ingatkan ros tak boleh kena panas.

Antara kuntum yang bakal berkembang.

Wednesday 9 January 2013

Semaian Baru Di Tahun Baru

Rasanya belum terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru untuk semua yang sudi menjengah ke blog kembojaputih ni. Akhir tahun lepas tak banyak aktiviti di laman yang dapat dibuat memandangkan musim hujan melanda hampir setiap hari. Alhamdulillah area rumah saya selamat dari dinaiki air. Jadi aktiviti yang popular pada waktu sebegini ialah duduk dalam rumah, mengadap novel. ;> Sempena tahun baru ni saya mula menyemai benih bunga matahari dan kemangi untuk kali kedua. Benih kemangi ni saya kumpul dari pokok induknya yang dah mula kering. Semoga tahun baru ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya untuk kita semua. Kepada blogger berkebun, teruskan berkebun secara sihat.

Anak-anak kemangi yang mula menjelma.



Benih kemangi dan bunga matahari berkongsi bekas. jangan gaduh2.

Anak-anak pokok bunga matahari cepat meninggi.