Wednesday 27 February 2013

Bunga Boleh Dimakan?

Setelah 3 hari berturut hujan turun di bumi sebelah sini, akhirnya mentari muncul semula hari ni. Alhamdulillah. Barulah boleh menjenguk halaman rumah. Hari ni tengok apa yang ada di halaman belakang.Pokok-pokok yang tak ditanam semakin galak memenuhi ruang yang ada. Yang ditanam juga tak menghampakan. Alhamdulillah. Pokok kacang botol yang ditanam jiran sudah mengintai-intai laman saya. Bukan main subur lagi. Sempat jugak snap gambar bunga kacang botol tu. Dalam vege patch yang kecil pula pokok sawi dah berbunga. Saya sengaja biarkan tidak dituai, saja nak tengok dia berbunga. Bunga kacang botol boleh ke dimakan? Emmm...

Bunga kacang botol jiran punya. Seakan bunga telang.

Bunga sawi.



Monday 25 February 2013

Cantik dan Wangi

Ini adalah antara ros yang mempunyai warna yang cantik. Bukan setakat cantik, malah sangat wangi. Namanya ebb tide. Warnanya terang, dan apabila dah lama kembang, warnanya jadi seakan ungu sedikit. Pertama kali tengok, terus tak sabar nak tanam. Sekarang ni tengah nak cari yang bernama angel face pulak. Kalau di google si angel face ni pasti jatuh cinta...kaler purple.....

Ros ebb tide. Dalam proses bertunas dan berbunga.

Baru nak kembang.

Satu dah kembang tapi duduk bawah sangat di celah daun. Malu agaknya.Cantik Warnanya.

Ni la angel face..Tapi bukan di rumah...di google. Maunya tak jatuh cinta. Cantik kan. Ni masuk list akan datang... ;>





Yang Ada, Yang Tak Ada

Tajuk bukan main lagi. Bukan nak buat saspen. Tapi kering idea nak bagi tajuk. ;> Hari ni balik awal sebab tak ada aktiviti kat sekolah. Barulah dapat up date apa yang patut kat blog. Sekarang hujan tengah turun masuk hari ni dah 2 hari berturut. Jadi tak banyak aktiviti dapat buat kat halaman rumah. Laman belakang dah naik semak balik. Apa pun saya tetap ambik peluang untuk menyemai baki benih yang ada dalam simpanan. Hajat hati nak habiskan mana yang ada. Kalau tumbuh alhamdulillah, kalau tidak, kira tak ada rezeki la tu.


Ni la yang ada dan yang tak ada tu. 6 je yang ada. Banyak yang tak ada. Tidur lagi kot.







Halaman depan sebelah kanan. Rumput dah jadi 2 warna sebab cuaca sangat panas sebelum ni. Kurang disiram..;>


Ni pulak bahagian depan sebelah kiri. Ni la kot orang kata tanah sekangkang kera.






Saturday 16 February 2013

Yang Mekar Kelmarin....

Ini adalah antara koleksi ros yang kembang kelmarin. Ros eva pertama kali berbunga, baru belajar. Claire martin dah 3 kali. Cuma kali ini kuntum tak banyak. Pernah berbunga sejambak 4 kuntum. Mungkin pasunya kecik sangat. Ni tengah survey nak belikan rumah yang lebih selesa untuk claire martin.

Ros eva cuma selapis. Tetap cute. Tapi kembangnya tak lama.

Claire martin lembut jer warnanya. Kalau berbunga sejambak lagi bertambah seri.

Tuesday 5 February 2013

Si Kecik dan Si Besar

Di laman rumah sekarang, pokok ros sedang berbunga. Ada yang dah kembang, ada yang sedang berputik. Alhamdulillah. Harapannya pelaburan untuk ros akan berbaloi. InsyaAllah. Antara yang sudah kembang adalah ros kuning sederhana besar, tapi tak berbau dan ros kecil  (sebesar duit 10 sen ajer, daun pun kecik2) tapi berbau wangi. Berbunga dengan lebat sebab sekali keluar berjambak-jambak. Walaupun kecik tapi cantik.

ros kuning yang tak tau nama.

pucuk baru keluar. alhamdulillah subur.

ros iisuen yang kecil.

warna pink putih.
sebelum kembang.


Sunday 3 February 2013

Sepasu Pokok Kesum

Pokok kesum antara tumbuhan herba yang menjadi satu kemestian ada di laman kebanyakkan rakyat Malaysia ( yang suka bertanam lah kan ). Cuma masalahnya bila dah tanam dan membiak dengan baik sekali, tak terasa pulak nak menggunakannya. Tapi bila dah tak ada atau yang ditanam dah mati, mula tercari-cari pulak. Setakat ni kat rumah ada sepasu. Tu pun dah dipetik sekali buat ramuan asam pedas ikan tenggiri. Sekarang dalam proses bertunas semula. Pokok kesum perlukan air yang banyak untuk subur. Cuaca panas sekarang kena la rajin menyiram. Kalau tidak mati kekeringan.

Walaupun sedikit, cukuplah  untuk 2 orang macam kami. ;>

Subur jugak lah. Alhamdulillah. Ni pic sebelum dipetik.


Friday 1 February 2013

Buat Blogger Yang Baru Berjinak Dengan Ros...

Rupanya ramai yang berminat nak tanam ros kan. Memandangkan ros agak sukar dijaga, ramai yang give up. Saya juga macam tu jugak. Sekarang ni saya baru bermula balik tanam ros setelah terjumpa blog mereka yang dah berjaya dengan ros. Siapa sangka, di alam maya ni, ros sudah tidak asing lagi bagi para peminatnya sehinggakan mereka mewujudkan group peminat ros ni. Jadi pada sesiapa yang berminat, saya list kan di sini laman web yang menyediakan baja khas untuk ros seperti rose food, rose care dan medium tanaman khas untuk ros. Juga di laman facebook, ada akak yang jual pokok ros, boleh beli secara pos. Jangan tak tau, lot 57 sungai buloh yang terkenal dengan jualan pokok ros sahaja juga dah ada dalam facebook. Boleh cuci mata kat situ, boleh juga shopping pokok ros yang memang cantik-cantik. Saya harap ini juga menjawab pertanyaan Nuda ye. Terima kasih.

1. Bungaros.com / Puan Rohani

2. Facebook ..cari nama Mami Yawinscha

3. Facebook...cari nama Chai Suk Fah ( Nursery Lot 57 Sg Buloh )

4. Facebook .... Ros Rosa Rose Mawar ( Kelab Peminat Ros )