Sunday 17 March 2013

Membesar Dalam Pasu

Sekarang dalam proses memantau perkembangan pokok sayur di laman dapur. Alhamdulillah, ada yang menunjukkan perkembangan positif, dan ada yang tidak. Antara yang sedang dalam proses membesar ialah pokok cili besar dan radish. Harap2 radish la sebab dah lupa waktu semai hari tu tak tulis. Tapi nampak gaya macam radish.

Kongsi pasu, radish dan cili. Boleh hidup bersama atau tidak.
Harap-harap betul ni radish. 2 jer yang berjaya hidup.
Ni pokok bunga beli dari Kebun Bahagia Bersama. Dah lama macam ni, belum ada tanda berbunga. Saya pun dah lupa pokok apa.

Saturday 9 March 2013

Ros Seven Sisters

Ros seven sisters belum pernah mengecewakan sejak dibeli. Alhamdulillah, hingga kini rajin berbunga dan kurang masalah berbanding ros lain yang ada di rumah.

Seven Sisters rose.
Biasanya kuntum yang keluar 3-5 kuntum. Tapi kali ni hampir 20 kuntum keluar. Alhamdulillah.