Friday 14 February 2014

Ros Putih Yang Meriah

Salam Jumaat yang barakah kepada semua. Antara koleksi bunga ros yang tidak pernah mengecewakan sehingga hari ni. Alhamdulillah. Gambar ni dah lama tersimpan dalam handphone, baru sekarang ada masa untuk di postkan di sini.





Sebelum kembang.





Apabila kembang. Sampai berat dahannya, meriah sangat. 



Apa yang saya pelajari dalam menanam pokok bunga terutama ros, setiap kali bunga sudah gugur, terus potong dahan tu untuk menggalakkan tunas dan bunga baru. Selain tu jugak, sekali sekala boleh cubit buang pucuk baru bagi melebatkan bunga. Sama-samalah kita cuba ye.

Monday 10 February 2014

Si Cosmos Serlah Kecomelannya

Alhamdulillah. Penantian sudah berakhir. Agak susah nak tengok bunga cosmos berdaun halus ni di tempat kita terutama di tanah rendah. Selalu yang ditanam cosmos spesis daun serupa ulam raja. Tapi sekarang cosmos yang cantik ni ada di depan mata. Terasa aura negara Jepun pulak bila melihat cosmos ni. ^ _^. Kalau tanam banyak-banyak tentu meriah kan. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yanng sudi memberi respon untuk entri si cosmos.







Terima kasih kepada Mar ( suka-suka ) dan Tiny Gardener kerana sudi teka warna si cosmos ni. Dan inilah warna sebenarnya. Comel kan.

Lepas ni harap boleh cari warna lain pulak.

Saturday 8 February 2014

Khabar Gembira Si Cosmos

Pada 26 Januari lalu saya telah post entri mengenai pokok bunga cosmos. Pada masa itu tiada tanda-tanda ianya akan berbunga. Si cosmos seakan-akan mengerti perasaan tuannya ni. Akhirnya si cosmos dengan kehendak Allah akhirnya membawa berita gembira. Alhamdulillah.

Gambar bertarikh 04.02.2014. Masa ni angin kuat, nak snap pun payah, tu yang senget tu.
07.02.2014. Kudup bunga semakin tinggi dan membesar.  1 pokok lagi belum ada tanda-tanda berbunga.
close up salah satu kudup yang bakal kembang. Hmmm agak-agak warna apa la yang akan muncul ye.

Monday 3 February 2014

Si Telang Akhirnya Berpaut

Tercapai juga hasrat nak tanam pokok bunga telang. Selama ni tengok pokok orang ajer. Ketika pokok ni mula mengeluarkan sulur untuk berpaut saya alihkan dia ke bawah pokok ceri Malaysia. Dengan harapan dia merayap atas pokok tu. Beberapa hari duk intai-intai, tak nak pulak dia merayap. Sulur pulak makin tinggi. akhirnya hari Sabtu lepas saya ajarkan dia merayap. Lilitkan sulurnya ke batang pokok ceri. Dua kali jugaklah mengajar si telang ni. Akhirnya hari ni dah melekat sulur ke pokok ceri.


Si bunga telang biru mencari tempat berpaut.


Merayaplah ye dengan gembira. ^_^