Monday 19 May 2014

Subur Selepas Hujan

Alhamdulillah. Akhirnya hujan mula turun agak kerap sebelah petang minggu ini. Sudah 2 bulan rasanya tanah di laman kering. Tuan tanah pun hilang mood untuk membelek pokok-pokok di laman. Hilang mood juga untuk bersiaran. Keadaan udara di sini ketika sebelum hujan amat tidak sihat. Hampir setiap pagi menghidu bau asap akibat kebakaran hutan dan tempat pembuangan sampah. Setelah hujan kembali membasahi bumi, keadaan bertambah baik. Pokok-pokok yang ada antara yang gembira dan ceria semula di laman. Tuan tanah pun gembira juga. ^_^  Rindu untuk menjengah kebun kawan-kawan. Lepas ni nak hilangkan rindu.



Bunga-bunga kembali ceria.


Patty pan squash ( rasanya ) semakin gemuk. Daun pun dah melebar. Tunggu masa keluar bunga betinanya.


Rain lily suka hujan. Dah lama berehat. Akhirnya berbunga. Sesuai dengan namanya.