Kali ni nak kongsikan sejenis pokok hiasan. Biasanya pokok ni jadi pilihan majlis perbandaran sebagai penyeri lanskap di bandar. Mulanya ingatkan pokok ni tidak berbunga disebabkan daunnya yang bewarna merah tu dah seperti bunga. Hihi. Setelah ditanam beberapa bulan yang lalu, akhirnya pokok ini mengeluarkan bunga yang agak unik bentuknya. Lebat pulak tu. Saya tak pasti apa nama pokok ni. Kalau ada sesiapa yang arif, boleh la inform nama pokok ni ye. terima kasih. Ni la rupa daun dan bunganya.
Saturday, 29 October 2011
Saturday, 15 October 2011
Di Celah- Celah Kesibukan
Sudah agak lama saya tidak up date entry blog ni. Sempat menjenguk dan melihat-lihat blog-blog lain buat beberapa minit sahaja. Ni pun curi masa jugak tambah posting. Kali ni saya kongsikan beberapa keping foto bunga lili berwarna merah. Bunga lili ni saya beli di Cameron Highlands tempoh hari. Semasa di bawa balik, ada tiga kuntum masih belum kembang. Saya pun dah lupa hari keberapa bunga ni kembang sewaktu saya snap gambar-gambar di bawah.


Sekuntum lili dari dekat.
Subscribe to:
Posts (Atom)