Monday 5 November 2012

Sabar Menanti

Sekarang peluang untuk update blog amat-amat terhad. Masa berkebun pun sudah terhad. Tidak berpeluang untuk menyemai benih baru. Masa yang ada cukup untuk menilik pokok-pokok yang sudah ada. Kira maintain jer la sekarang. Akibatnya laman belakang rumah dah naik semak. ;> Apapun entri kali ni nak share mengenai 2 jenis pokok bunga yang satunya saya tanam beberapa bulan lepas ( emmm tak ingatlah tu ) dan satu lagi sudah beberapa tahun yang lepas, yang sehingga saat ini belum nampak tanda-tanda nak berbunga. Sedihnya.

Pokok bunga dahlia. Belum ada tanda untuk berbunga walaupun pokoknya subur dan rimbun daunnya.

Yang ni paling juara. Pokok bunga harum sundal malam.Dah bertahun saya tanam. Daunnya asyik lebat lepas tu gugur. Berbunga belum pernah lagi. Emm apa yang tak kena ye? Dari dalam pasu saya tukar ke tanah kemudian masuk dalam pasu balik. Harap-harap berbunga la lepas ni.



Sunday 14 October 2012

Tomato 3 Biji dan Bendi Merah Cuba-cuba

Ni antara kisah yang dah lepas tak sempat nak share dalam blog. Mengenai tomato, ni bukanlah kali pertama saya tanam, cuma tak pernah subur seperti pokok tomato orang lain tanam. Jeles jugak. Selalunya sekali berbuah lepas tu mati. Begitulah jugak kali ni. 3 biji ajer yang menjadi. Bendi merah pulak saya cuba suka-suka semai. Benih beli kat Giant. Tiap kali ke Giant tak lepas peluang mengintai bahagian benih-benih ni. Walaupun benih banyak lagi dalam stok tapi mesti 'gatal' tangan nak beli. Alhamdulillah. Sempat berbuah dan dah selamat jadi lauk.

Tomato ceri benihnya dibeli dari Kebun Bahagia Bersama

Vege patch yang kecik ajer. Ada pokok bendi dan kangkung.

Antara bendi yang menjadi dan selamat dimasak.

Monday 1 October 2012

Pokok Mata Kucing Sudah Berbunga

Sambil 'landing ' setengah jam sementara tunggu masa untuk ke sekolah lagi petang ini, menjengah blog bertani yang lain. Selain tu bolehlah up date sedikit mana yang ada di laman. Kali ni kisah pokok mata kucing yang sekarang sedang berbunga lebat. Pokok ni dibeli dan ditanam lebih kurang 2 bulan yang lalu. Kebetulan tanda-tanda nak berbunga sudah ada. Alhamdulillah. InsyaAllah,kalau ada rezeki, lekatlah buahnya.



Pokoknya tinggi. Cadangnya nak pangkas, tapi belum sempat dah keluar bunga.;>


Semua tengah kembang. Kelihatan kumbang hinggap kat bunga.

Putik buah sudah kelihatan. Semoga kekal hendaknya. Amin.



Tuesday 25 September 2012

Ros Tidak Sihat

Sudah lama tidak up date blog. Bukan sengaja. Bila dah mula kerja selepas raya, masa terhad sangat untuk blogging. Hanya sempat buat blog walking tu pun dalam beberapa minit sahaja. Seronok tengok blogger lain up date blog masing-masing. Semangat untuk berkebun tak pernah luntur namun aktiviti untuk kerja dan rumah kena diutamakan. Akibat dari itu, pokok-pokok yang ada kurang mendapat perhatian. Ada yang dah mula 'merajuk'. Bila tengok keadaan tu, mula la susah hati. Salah satunya pokok bunga ros yang dah tak berapa sihat kebelakangan ini.



Dalam tak sihat masih sudi berbunga. Tapi bunga pun tak sihat.

Pucuk yang keluar pun kelihatan kering dan kerinting. Daun lain pun sama.

Daun yang kekal kering di hujung.
Yang ini kritikal sehingga saya ambil keputusan untuk togelkan saja.






Sunday 5 August 2012

Pokok Limau Kasturi

Ni la satu-satunya pokok citrus yang ada di laman dapur. Cuaca yang panas sejak kebelakangan ni ditambah dengan tanah yang keras menyebabkan pokok ni terbantut. Daun pun kuning macam nak gugur. Pokoknya kecik ajer. Tapi masih bertahan. Alhamdulillah. Sejak dipangkas dahan yang tak subur, tiba-tiba seminggu yang lepas pokok limau kasturi mula keluarkan bunga. Rasa hepi semula. ( Pengajaran : pokok pun perlukan perhatian ) ;>

Ni la pokoknya. Daun pun sikit jer.

Tengok daun tu. Kesian, tapi tetap berbunga.

Antara yang dah kembang.

Ni pun dah kembang. Harap buahnya lekat nanti.

Bekas Ulam

Sudah masuk pertengahan Ramadhan rupanya. Adakah masa yang pantas berlalu atau kita yang dibuai kelalaian? Emmm susah jugak nak menjawabnya. Jawapan ada pada diri masing-masing, kan. Apapun semenjak Ramadhan ni blog ni pun belum dikemaskini lagi. Bukan blog sahaja malah kebun pun tak sempat nak membeleknya. Nasib baik sempat menyiram kalau tak mau mati kehausan semua pokok-pokok tu. Ni pun 'curi masa ' menjenguk blog. Pasu ni ada 2 jenis ulam : kesum, ulam raja . Yang pasti kesum tu ditanam, manakala ulam raja rasanya tumbuh tanpa ditanam. Hihi.

Kesum nampak macam tak berapa sihat.

Tuesday 17 July 2012

Sepasu Macam-macam Ada

Bila semangat nak berkebun tu muncul, macam-macam boleh jadi. Kebetulan masa tu mak ada bagi sebiji betik masak dari rumah, singgah kedai beli cili besar. Masa potong-potong tu rajin pulak nak simpan biji-bijian. Kat rumah tak banyak pasu, jadi terus tabur ke pasu pokok kunyit dan halia.


Bekas yang menempatkan 4 jenis pokok

Pokok kunyit. Kecik lagi. Harap sempat besar dekat nak raya nanti.

Pokok halia.

Anak-anak betik.








Anak pokok cili besar merah.


Update Pokok Cili Lagi

Sebulan yang lalu saya sudah update kisah pokok cili yang diserang bena. Saya dah hampir kecewa sebab saya dah patahkan daun serta dahan yang kena serangan. Keadaannya pun macam tak dapat diselamatkan. Sehinggalah saya beli sejenis racun serangga organik yang dijual di nursery di pasaraya Giant, Kuantan. Banyak kali saya sembur pada pokok cili tu. Walaupun dalam arahan ada menyebut semburan 2 kali seminggu tapi saya sembur hampir setiap hari. Tak tahan tengok serangan bena tu. Berkat kesabaran, akhirnya pokok cili  mula menunjukkan perubahan baik. Sekarang dah bersih dari serangan dan sihat semula dan lebih menggembirakan pokok cili dah tunjuk tanda-tanda berbunga. Mudah-mudahan buahnya akan lekat pula.

Daun pokok cili lebat semula.

Antara putik bunga yang keluar.

Lagi putik bunga tunggu untuk kembang.....

Ni la dia racun organik yang saya maksudkan tu.

Monday 16 July 2012

Akhirnya Ku Temui...Ubat Semut..;>

Usah suspen dengan tajuk di atas tu ye. Saje je. ;> Kesempatan berkursus di The Summit USJ tempoh hari, memberi peluang kepada saya meronda shopping complex yang terdapat bersebelahan hotel tu. Mulanya terjumpa kedai ACE. Ronda-ronda, tanya-tanya ada tak ubat semut. Jurujual kata tak der tapi kedai DIY ada.( Mungkinkah ubat ni yang disebutkan oleh Lyn ).Terus naik tingkat seterusnya cari kedai yang diberitahu. Fuhh. Lega bila jumpa. Terus terkam ubat semut tu. Tengok harga...mak aiii murah betul. Apa lagi rembat sampai 10 keping. Hihi. Boleh bagi kat kawan-kawan yang mengalami masalah serupa. Ni la dia ubat semut tu. Dah test. Alhamdulillah, berkesan. Terima kasih Lyn atas info yang dikongsikan ye.

Maaf ye semut sekalian....Geng awak banyak sangat dan suka gigit tuan rumah... ;>

Thursday 12 July 2012

Bunga Matahari Kembang Lagi dan Kursus Lagi...

Sudah seminggu tidak berpeluang update blog dan blog walking. Mulanya bercadang nak update waktu kursus ( time free la ye ) tapi meleset rupanya apabila hotel tu kenakan charge untuk wifi. Huh. Kedekut la. Mahal pulak tu.Adoi. Beberapa hari sebelum berangkat meninggalkan rumah, sempat jenguk pokok bunga matahari. Ada 2 pokok bunganya baru nak berkembang. Nasib baik sempat kembang sebelum pergi kursus. Kali ni bunganya agak berbeza dari yang sebelum ni.


Yang ni kelopak pendek dan warna coklat lebih dominan.

Yang ni pulak kuning terang sepenuhnya.

Tuesday 3 July 2012

Ulam Segar Dari Laman

Semalam terasa nak makan laksa terengganu. Sebelum-sebelum ni sure mak buatkan, tapi kali ni kena la buat sendiri. ;> Nasib baik resepi laksa terengganu ni the simplest ever. Hihihi. Selepas siapkan laksa dan bahan utama ( santan + isi ikan + bawang merah + lada hitam tumbuk ) tiba masa nak hiris ulam-ulamnya pulak. Jenguk kat belakang rumah, ada sepohon pokok ulam raja dan sepasu pokok kesum ( bila tanam ni ? ) haa ni  mak bagi dengan pasu-pasunya sekali. Bertuah punya badan. So petik la mana yang ada plus ulam yang dipetik dari kedai ;> ( timun, kacang panjang, kobis ) sebab belum ditanam lagi. Semalam puas hati sangat dapat makan laksa buatan sendiri. Makan sampai lupa diri akibatnya pagi ni terlajak bangun pagi. Apa lagi kelam kabut la pagi ni.


Monday 2 July 2012

Pokok Tomato Bersendirian

Sebelum bercuti tempoh hari saya semai beberapa benih sayur antaranya tomato, bendi dan kangkung. Sayangnya cuma satu sahaja yang survive iaitu pokok tomato. tu pun saya tak pasti tomato jenis apa. Yang lain habis dikerjakan oleh semut. Sedih betul. Sekarang ni saya mengalami masalah semut yang banyak buat sarang dalam tanah kawasan rumah. Tengah fikir nak solve problem tu. Sama ada nak kontek antipest agent ( dengar citer kos tinggi ) atau nak cari kaedah yang lebih menjimatkan dalam masa yang sama efektif. Kalau ada sesapa yang nak kongsi petua ke dialu-alukan sangat. Terima kasih. ;>


Kesian awak ye. Tak der kawan.;>

Sunday 1 July 2012

Pokok Ceri Malaysia

Pokok ceri Malaysia ni tergolong dalam pokok yang mudah tumbuh. Apa taknya di celah-celah rumput
rampai di laman rumah, tiba-tiba ada anak pokok ceri. Emmm. Pucuk dicita ulam mendatang. Macam tau-tau je kita nak cari dia. Bukannya apa saya sekarang tengah fikir nak tanam pokok untuk dijadikan tempat berteduh. Pokok ceri ni rendang dan jika dipangkas dengan elok boleh lah berehat-rehat kat bawahnya kan. Bila dah muncul yang tak disangka tu, senanglah sikit. Tak perlu susah-susah nak cari benihnya lagi. Mungkin biji benih ni disebarkan oleh 'cik burung'. ;> Rasanya dah betul pokoknya ni sebab tak pernah tengok lagi anak pokoknya macamana. Biasa tengok yang dah besar panjang.



Betul ke tak ni  pokok ceri?

Tuesday 26 June 2012

Ixia Sudah Bercambah

Lagi benih yang dibeli dari Kebun Bahagia Bersama. Ini benih pokok bunga ixia yang saya semai bersama benih pokok gladiolus. Sudah menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan. Alhamdulillah. Sekarang saya sedang menyemai beberapa benih sayur. Tapi kena ditingallkan untuk dijaga oleh suami ( dah pesan siap2 agar tak lupa disiram ) ;> sebab saya sedang berkursus di Seremban. Harap semuanya berada dalam keadaan baik apabila pulang nanti. Ni pun asyik teringat kat pokok-pokok tu. ;>

Baki benih yang belum disemai

Dah keluar muncung dah...



Contoh bunga ixia. ( dr google )

Monday 25 June 2012

Rose Kembang Setaman

Haaa jangan terkejut. Ni bukan taman ros saya ye. Taman ros ni terletak di  Everland Park, Korea. Sewaktu saya berkunjung ke sana tempoh hari sedang berlangsung Rose Festival. Terdapat pelbagai jenis bunga ros sedang mekar dengan kuntum yang sebesar tapak tangan. Hampir 'mabuk bunga ros' jadinya. Hinggakan terlupa nak main rollercoaster. ;>  (macam lah berani sangat)




Tuesday 19 June 2012

Evening Sunflower Sudah Kembang

 Benih pokok bunga matahari ni saya beli dari Diana ( MalayKadazanGirl ). Ada dua benih bunga matahari yang saya beli : evening sunflower dan mammoth sunflower. Bila saya tanam, saiz pokok bunga matahari ni tak lah besar sangat seperti yang ditanam oleh Diana. Pokoknya jadi rendah dan saiz bunga jadi kecik je. mungkin tak cukup baja agaknya. Tapi puas hati jugak sebab bunganya dua warna. Cantik. Masa ni belum kembang penuh lagi.


Evening sunflower.


Monday 18 June 2012

Pokok Bunga Gladiolus

Pokok bunga gladiolus yang dibeli dari Kebunbahagiabersama ni saya semai sebelum pergi bercuti akhir bulan lalu. Apabila pulang ke rumah dah nampak keluar daun. Bila nak berbunga? haa tu kena sabar menunggu. ;>


Masa ni daun pertama muncul. Sekarang ni dah ada daun ke dua.

Berharap sangat akan berbunga seperti ini. ( gambar dr google ) ;>

Sunday 17 June 2012

Update Pokok Cili

Kali ni saya update pokok cili yang saya tanam 2 bulan lepas. Lambat benar membesar sebab saya pun kurang beri perhatian. Pokok cili ni saya dah alih ke dalam bekas styrofoam. Alhamdulillah pokok ni dah sihat sejak saya siram dengan air basuhan beras. Cuma belum nampak tanda-tanda akan berbunga. Yang sedihnya pokok ni mula diserang bena. Tiba masa untuk cuba resepi dari En. Iskandar ni.


 Daun pokok cili dah gemuk.    

Semut-semut sedang mengerumuni bena.

Pucuk daun dah kerinting akibat serangan bena.

Thursday 14 June 2012

Zinnia Di Laman

Benih bunga zinnia ni pemberian adik di pandamaran yang ditanam di kawasan office tempat kerjanya. Mulanya pokok ni tumbuh agak perlahan. Dah mula berbunga sejak beberapa minggu yang lepas. Pokok pun dah tinggi.

Pokok bunga zinnia saya tanam berderet di tepi pagar.

Ada 2 jenis zinnia yang mempunyai kelopak berbeza. Yang ni kelopak agak membulat dan pendek.

Yang ni pula kelopak panjang dan kurus.

Ni warna merah gelap.