Saturday, 20 August 2011

Kenali Diri Melalui Pokok Yang DiGemari

Jangan tak tau. Personaliti diri kita dan orang lain boleh kita baca melalui pokok kegemaran. Selalunya kita boleh kenal ciri diri melalui warna kan. Pokok juga boleh memberi perlambangan mengenai diri seseorang. Di sini saya kongsingkan beberapa jenis pokok berserta ciri-ciri diri seseorang. Ini hanyalah sebagai panduan, tidak semestinya betul dan tepat ye. Mana-mana ciri-ciri yang negatif itu kita perlu perbaiki ke arah positif untuk menjadi seorang yang baik. InsyaAllah.

1. Pokok kelapa

Rajin bekerja
Mudah membantu orang lain
Mudah bergaul dengan orang lain
Disukai ramai
Dikenali ramai
Dipandang rendah
Merendah diri
Boleh buat semua kerja
Golongan bawahan
Sanggup tanggung risiko

2. Pokok bunga ros/ kertas

Lebih suka kepada aktiviti yang bersih
Jika dimajlis keramaian, sesuai bertugas sebagai penyambut tetamu
Kurang sesuai buat kerja berat seperti basuh pinggan
Boleh berkata tidak kalau dia tidak suka
Kadang-kadang ditakuti orang
Sesuai kerja-kerja seperti guru dan pramugari
Suka kecantikan

3. Pokok orkid

Suka menumpang orang lain
Perlu menumpang orang lain
Kadang-kadang sombong
Kurang pendirian
Suka kecantikan

4. Pokok kaktus

Sukar untuk menolong orang
Kata-katanya adakalanya menyakitkan hati jika tidak dikawal
Tahan penderitaan untuk memperoleh apa yang dihajati
Sabar dan tabah

5. Pokok bunga raya

Syok sendiri
Adakalanya berasa tinggi diri
Tidak pedulikan orang walaupun berkedudukan tinggi
Berjiwa rakyat
Tidak suka buat kerja berat

6. Pokok bonsai

Unik
Mempunyai kemahiran tersendiri
Kreatif
Mempunyai potensi yang tinggi jika dibentuk dengan betul

Dipetik dari Buku Asas Membina Kepimpinan dan Jatidiri : Dr Kamaruzzaman Jalaludin

No comments:

Post a Comment