Sebulan yang lepas saya post entri tentang pokok carrot. Masa tu carrot dah berdaun lebat. Cuma saya tak pasti berapa lama dah saya tanam carrot tu. jadi hari ni, semasa jenguk tanaman di halaman rumah, saya nampak isi carrot dah menonjol di permukaan tanah. Tanpa melengahkan masa, laju je tangan ni tarik keluar carrot tu. Ni lah hasilnya. :>
Carrot bersama daunnya
Boleh dipanggil baby carrot coz saiznya yang sebesar ibu jari je.
Seronok bila cabut karot dan tambahan lagi baunya yang wangi bila baru je diambil.
ReplyDeletebetul tu diana. ni first time saya cuba tanam. bila dah cabut, habis dimakan begitu jer.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletewah... ini yang buat saya teringin sama nak cuba tanam carrot. :D
cute kan.... masak apa dengan carrot tu?
wslm kak. tak sempat masak apa pun carrot tu. habis dimakan mentah jer. ;>
ReplyDelete