Sambil 'landing ' setengah jam sementara tunggu masa untuk ke sekolah lagi petang ini, menjengah blog bertani yang lain. Selain tu bolehlah up date sedikit mana yang ada di laman. Kali ni kisah pokok mata kucing yang sekarang sedang berbunga lebat. Pokok ni dibeli dan ditanam lebih kurang 2 bulan yang lalu. Kebetulan tanda-tanda nak berbunga sudah ada. Alhamdulillah. InsyaAllah,kalau ada rezeki, lekatlah buahnya.
|
Pokoknya tinggi. Cadangnya nak pangkas, tapi belum sempat dah keluar bunga.;> |
|
|
|
Semua tengah kembang. Kelihatan kumbang hinggap kat bunga. |
|
Putik buah sudah kelihatan. Semoga kekal hendaknya. Amin. |
EErr seronoknya ada pokok mata kucing..senang ke nak tanam? nanti berbuah bolehlah makan yang fresh tak yah beli kan..haaa jeles..
ReplyDeletesekarang ramai yang tanam pokok ni kak. rasanya tak der masalah. insyaAllah. Boleh la cuba tanam ye.
Deleteseronok, antara feveret saya jugak ni buah mata kucing. ingat nak cari juga sepokok bila balik johor nanti.
ReplyDeleteharap lekat lah buah-buah tu :)
insyaAllah. Harapannya begitulah wani. pokok baru belajar ni mungkin banyak cabaran terutama cuaca sekarang.
Deletepokok mata kucing yg kita tanam tak sempat bunga - diratah anai-anai... lepas tu tumbang semasa hujan lebat... ya... suami saya buang terus pokok tu... jadi tak rasa la mata kucing tanam sendiri... :(
ReplyDeleteanai-anai ni tak memilih ye. pokok subur pun dikerjakan jugak. ni pun kena berwaspada jugak. terima kasih kak kongsi pengalaman.
DeleteCepat sungguh berbunga..
ReplyDeleteTu la kak. cepat benor. tapi ni kira baru nak belajar ni. test market kot. :)
DeleteMmmm suka sangat buah ni. Dekat kebun Sungai Buloh dah bertahun-tahun tanam ada bunga tapi buahnya tak de pula.
ReplyDeletebuah tak menjadi ke diana? yang ni pun belum pasti jugak.
Delete