Sunday, 20 January 2013

Ros Penyeri Laman

Saya antara yang baru berjinak-jinak menanam pokok bunga ros. Sebelum ni ada la 2 pasu ros saya tanam. Namun waktu tu sekadar tanam sahaja. Kurang beri perhatian. Akibatnya sepasu sudah mati dan tinggal lagi sepasu ros kampung. Tu pun dah nyawa-nyawa ikan. Setelah saya terjumpa beberapa blog yang berjaya tanam ros hingga kan dah jadi taman ros, tiba-tiba teruja dan minat tu timbul semula. Dari situ saya betul-betul beri perhatian dan cuba ikut tips-tips yang mereka kongsikan untuk menanam ros. Alhamdulillah, ros kampung yang nyawa-nyawa ikan tu dah subur semula dan berbunga kembali. Hari ni nak kongsi ros spesis cameron highland yang kecik je sizenya. Ni pun masa seminggu dibeli hampir mati. Setelah diletak ditengah panas dan disembur rosecare dah kembali ceria. Seceria hati tuannya jugak.

Daun dah hijau semula. Dulu hampir togel. hihi

Hujan dah mula turun balik. Masa hujan ros mudah kena penyakit.

Rupanya ros suka panas. Dulu ingatkan ros tak boleh kena panas.

Antara kuntum yang bakal berkembang.

4 comments:

  1. Salam hijaudaun...
    best kan kalau ade rose kat laman...semerbak jer baunya..kat sini blom jumpa lagi nak tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jgk tanam ros ni kak. cuma risau pokok tak nak berbunga ajer. nak jaga pun cerewet jgk ni. tapi time dah berbunga bertambah seronok.

      Delete
  2. cantik... tahniah... nanti bole bela banyak lagi pokok ros...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ejaMaria. sekarang dalam proses menambah koleksi. ;>

      Delete