Haa. Nampak tak area yang dibulatkan merah tu. Bende halus-halus itu dikenali dengan nama thrips. Salah satu serangan pada kuntuman bunga ros. Jadi kalau nak cium ros, kena hati-hati ye. Takut serangga halus ni masuk ke dalam hidung. Sebenarnya serangan serangga halus ni dapat dikesan lebih awal ketika bunga belum berkembang sepenuhnya. Antara tanda-tandanya ialah seperti di bawah.
Ini antara tanda-tanda awal. Kuntum bertukar coklat dan seperti tidak mahu kembang. Daun pun kerinting dan tidak subur.
Dan apabila kembang, tidak cantik dan inilah yang mendukacitakan hati penanam ros seperti saya. Hihi.
Ubatnya yang paling mudah ialah....
Saya gunakan ini. Selamat untuk pokok ros. Boleh sembur ketika pokok mula mengeluarkan kuntum atau apabila daun menjadi kerinting. Sembur 2 atau 3 kali seminggu pada waktu senja. Selamat mencuba. ^ _ ^
Salam hijaudaun,
ReplyDeleteTerima kasih kongsi petua, pokok Ros saya pun kena serangan thrips ni, bunga semakin mengecil dan daun jadi kerinting.Boleh la cuba sembur nanti.
salam puan saodah. thrips dgn ros bagai tak dpt dipisahkan. hihi. akan terkena walau sedikit. macam saya ni terjadi sbb lambat ambil tindakan. kalau tak berjaya juga kena guna racun 3S.
DeleteSalam Hijaudaun,
ReplyDeleteMak Aji x perasan pulak thrips ni tapi adalah kelopak bunga yang belum pun kembang lagi dah bertukar coklat terus. Daunnya juga jadi keriting. Guna ubat nyamuk yang water-based ya, insya-Allah nak cuba. T kasih kerana berkongsi maklumat!
salam Mak Aji. Yang atas banyak keluar tu lepas kena sembur. Baru kita nampak rupanya dia menyorok kat tengah bunga. Kalau tak jalan jugak kena guna racun 3S la jawabnya.
DeletePokok gardenia pun selalu jadi mangsa thrips. Symptoms yang sama.
ReplyDelete