Kali ni nak share kisah pokok bunga kosmos spesis kampung. Ini cubaan kali kedua saya tanam kosmos yang ini. Kali pertama saya gagal. Gagal yang saya maksudkan ialah pokoknya tidak mahu berbunga. Pokok sihat dan bukan main subur serta tinggi. Namun tiada tanda berbunga akhirnya saya cabut dan buang. Kali ini, pisang hampir berbuah dua kali. Pokoknya sihat, subur dan tinggi dan hampir-hampir dicabut. Cuma apabila saya belek-belek pucuknya nampak ada tanda-tanda berbunga saya tak jadi cabut. Akhirnya kosmos benih dari kampung mertua berbunga dengan jayanya.
 |
Ni la dia. Tinggi melepasi pagar baru nak berbunga. Orang lain tanam kecik-kecik dah berbunga. Sedey.
Tengok daunnya tu. Hijau macam ulam raja. Tapi sayang tak boleh makan. Betul kan? |
 |
Nak snap bunga pun dah tak kesampaian. |
|
 |
Cantik pulak warna orennya. |
Cantik juga tinggi mcm ni...:D
ReplyDeletekalau tengok saiznya tu dah boleh buat pendinding pagar. nasib baik tak sempat cabut lg dah berbunga. hahaha.
Deletekita ada cosmos ulam raja aja...:)
ReplyDeletediaorg tu adik beradik jgk kan mar. lagi sedap ulam raja tu.
DeleteKak pun ada tanam juga sepsis kampung. Senang tumbuh tapi pokoknya renek ja.
ReplyDeletetu la kak. saya pun hairan knp saya tanam tinggi cenggini baru nak berbunga. hairan.
Deletetinggi betul pokok nya ni...saya baru tnm ambik dari kg gak...tp kak ipar saya ckp pucuk ni pun blh mkn tp tk sesedap cosmos purple...
ReplyDeleteblh mkn ke? nak cuba takut plak. haha.
Deletepokok apa pun kalu subur memang cantikkk
ReplyDeletedok tengok cosmos ulam raja jiran yang subur macam ni jugak......
kalau yg ni boleh makan mcm ulam raja tu best gak kan. ni tak. tunggu bunga jer. kalau kecik2 dah berbunga tu yang cantik.
Deletepokok ni memang cantik kak, x kedekut bagi bunga, everday ada je bunganya yg kembang, tapi bila dia dh invade kawasan habislah semak samun cam kat tepi rumah saya, kosmos cam ni banyak yg tumbuh merata...
ReplyDeletebetul julie. pokok mcm ni tanam sekali ajer dah cukup, lepas tu blh simpan stok benih.
Delete