Monday 30 April 2012

Portulaca aka Kembang Pagi

Kali ni nak kongsi pasal pokok bunga portulaca. dulu2 saya tak tau nama dia portulaca so nak senang panggil je bunga kembang pagi. sebab time pagi semua pakat kembang. species ni paling mudah, ringkas nak tanam dan jaga. saya tak pernah cuba tanam dengan biji benih. kaedah popular ialah dengan patahkan batang dan cucuk dalam tanah. insyaAllah. hidup dan berbunga...bunga portulaca ni saya snap kat area sekolah je. kat rumah baru nak membiak..


 peach

 peach gelap

 putih

 pink gelap

kuning

haa ni kat rumah.. ciput jer... ;>

Terung Pipit Silap Tempat ;>

Pada satu pagi minggu lepas, semasa tengah tunggu budak2 sampai sekolah, saya terpandang sepohon pokok berhampiran coridor tempat laluan budak2. masa tu ada 3 orang budak darjah 1 sedang bergembira berlari-larian berhampiran pokok tu. Apa lagi, terus saya arahkan diaorang menjauhkan diri dari tempat tersebut. Jenguk2 dah besar panjang rupanya pokok ni. Sebelum ni memang tak perasan ada pokok terung kat situ. Terus saya snap beberapa gambar pokok terung pipit yang tersilap 'landing'.... ;>


Dah besar pokok ni....

Bunga terung pipit yang lebat. Cuma snap sebahagiannya saja. Subur pulak tu, macam dibaja.

Ni dia buahnya...Banyak jugak. Ada duri pokok ni. So bahaya la..Cikgu-cikgu sekalian, mari kita pakat kutip. Jangan membazir.. ;>

Wednesday 25 April 2012

Mari Tanam Cili

Ter rajin la pulak update blog. Bukan apa, masa sedang mengizinkan. jadi saya pulun update blog dulu. lepas ni, 2 -3 hari nak bercamping pulak dengan budak-budak, nak siapkan teks mc.adoi...berdebar2 ni nak jadi mc. hihihi...dup dap dup dap...ni kira release tensen jap... berbalik kepada tajuk di atas. biji benih cili ni pemberian mak. cili yang tak habis guna, mak bagi, terus saya campak, penyek2 dalam pasu. alhamdulillah, dalam 4 ke 5 hari ( anggaran : ) dah bercambah-cambah. waktu gambar ni saya snap entah dah berapa minggu, saya tak ingat. : >


Benih cili berkongsi 'rumah' buat sementara waktu dengan portulaca dan kacang botol.


Pertumbuhan benih cili tak seragam. Ada yang masih kecik. Ada yang dah bertambah daun. Mungkin tempatnya sempit...maklumlah tuannya kedekut nak beli tempat yang besar... : >

Antara benih cili yang menunggu masa untuk berpindah 'rumah' lebih selesa....sabarrrr...

Tuesday 24 April 2012

Tanam Bunga Matahari

Sejak kebelakangan ini, sudah agak jarang saya dapat online apatah lagi nak update laman blog ni. Kalau nak diumpamakan blog ni dah hampir sama macam laman rumah saya, dah berumput rampai. Di kesempatan yang ada ni, nak juga kongsikan apa yang ada di laman rumah saya walaupun tak seberapa. Ini bukanlah pertama kali saya tanam bunga matahari. Sebelum ni saya beli benih bunga matahari dari pasaraya. Namun kali ni benih bunga matahari ni special sebab saya beli secara online dari Diana. Tukar selera pulak. ;) Selain Diana, saya juga turut menjadi salah seorang pelanggan biji benih dari En. Iskandar. Berpaket-paket biji benih tengah tunggu giliran untuk disemai. InsyaAllah ada kesempatan akan ku tanam semuanya...


Benih bunga matahari saya tumpangkan dalam pasu pokok ros kampung.

Benih bunga matahari "mammoth sunflower "

Benih bunga matahari evening sunflower dan yang kecik tu pot marigold/organic edible calendula