Friday, 1 February 2013

Buat Blogger Yang Baru Berjinak Dengan Ros...

Rupanya ramai yang berminat nak tanam ros kan. Memandangkan ros agak sukar dijaga, ramai yang give up. Saya juga macam tu jugak. Sekarang ni saya baru bermula balik tanam ros setelah terjumpa blog mereka yang dah berjaya dengan ros. Siapa sangka, di alam maya ni, ros sudah tidak asing lagi bagi para peminatnya sehinggakan mereka mewujudkan group peminat ros ni. Jadi pada sesiapa yang berminat, saya list kan di sini laman web yang menyediakan baja khas untuk ros seperti rose food, rose care dan medium tanaman khas untuk ros. Juga di laman facebook, ada akak yang jual pokok ros, boleh beli secara pos. Jangan tak tau, lot 57 sungai buloh yang terkenal dengan jualan pokok ros sahaja juga dah ada dalam facebook. Boleh cuci mata kat situ, boleh juga shopping pokok ros yang memang cantik-cantik. Saya harap ini juga menjawab pertanyaan Nuda ye. Terima kasih.

1. Bungaros.com / Puan Rohani

2. Facebook ..cari nama Mami Yawinscha

3. Facebook...cari nama Chai Suk Fah ( Nursery Lot 57 Sg Buloh )

4. Facebook .... Ros Rosa Rose Mawar ( Kelab Peminat Ros )


5 comments:

  1. Oii...rupa2nya rose nie banyak peminat yer...akak jugak yg belum ade lagi..nak jgk nie..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. belum terlambat lagi nak cuba. kalau sebelum ni, tanam ikut suka ajer. rupanya banyak nak kena belajar.baru menjadi. InsyaAllah.

      Delete
  2. Salam Hijaudaun,

    Mak Aji salah sorang yg suka ros tetapi agak takut nak tanam, takut mati sebab katanya cukup manja, maintenance tinggi! Nampak gaya tewas sebelum bertarunglah ya! Kenalah kenal dulu sebelum cinta, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa mak aji. boleh cuba-cuba. saya try sepasu dua dulu, bila tengok ok, saya tambah koleksi. rose memang kena jaga betul-betul, supaya berbaloi dengan kos yang kita labur tu. ;>

      Delete
  3. terima kasih hijaudaun sudi berkongsi.. sedang cuba menyelamatkan pokok ros yang beli kat cameron hari tu.. Macam dah nazak

    ReplyDelete