Pokok kesum antara tumbuhan herba yang menjadi satu kemestian ada di laman kebanyakkan rakyat Malaysia ( yang suka bertanam lah kan ). Cuma masalahnya bila dah tanam dan membiak dengan baik sekali, tak terasa pulak nak menggunakannya. Tapi bila dah tak ada atau yang ditanam dah mati, mula tercari-cari pulak. Setakat ni kat rumah ada sepasu. Tu pun dah dipetik sekali buat ramuan asam pedas ikan tenggiri. Sekarang dalam proses bertunas semula. Pokok kesum perlukan air yang banyak untuk subur. Cuaca panas sekarang kena la rajin menyiram. Kalau tidak mati kekeringan.
|
Walaupun sedikit, cukuplah untuk 2 orang macam kami. ;> |
|
Subur jugak lah. Alhamdulillah. Ni pic sebelum dipetik. |
akak pun gitu jgk..bila tader tercari2..bila ade hampeh...
ReplyDeletesama lah kak. bila beli banyak pulak. bukan boleh beli sikit2.lagi satu kesum ni tak tahan lama. sampai masa mati dengan sendiri kan.
DeleteGini lah rupa daun kesum sy mula-mula tanam dulu..punyalah susah nak hidup...sekarang dah rimbun dalam pasu jadi hiasan..sebab tak termakan
ReplyDeletetak per nadia. bila dah rimbun cantik jugak jadi hiasan. eksotik gitu..
DeleteDulu sy punya merimbun..tp bila cuti pantang bersalin anak kedua..mati kering..sejak hr tu byk kali cuba tanam tp x thn lama...xtaula ape tulahnya...mcm pembunuh pokok kesum bersiri pulak rasanya heheheh padahal senang je kot nak tanam...
ReplyDeletehihi...pembunuh pokok kesum bersiri? mungkin merajuk agaknya tu.
DeleteAkak punya kesum pun dah kiok..
ReplyDeleteyang ni pun tak tau la kak lama mana boleh tahan. hihihi
Deletehehehe... mak kita selalu kata 'org kalau ada 'sombong' bila dah takde baru nak cari'.... hehehe... mmg kena kat batang hidung sendiri... selalu biar je kesum sampai merimbun (tak termakan)... bila pokok mula tua dan kering baru sibuk2 nak masak asam pedas... :(
ReplyDeletetu la kak. kesum ni bukan banyak resepi boleh guna. yang saya tau asam pedas dengan kuah laksa dan ulam laksa je.
DeleteSepasu yg cukup utk keluarga. Alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah. sebab tu sikit aje semainya.
Deletekesum saya pun senasib dengan kak Mar.. dah kiok.. hari tu banyak, eksen tak mo makan.. dah takde sedih je hati ni
ReplyDeletekadang-kadang kesum ni bila semai senang hidup, kadang2 susah hidup. saya ni dah percubaan kedua la. sempat jugak merasa hasilnya. pening jugak pikir nak masak apa lepas ni guna kesum...;>
Deletelynn punya dah naik semak.. rasa mcm nak buang jer, tapi bau dia tu menaikkan semangat
ReplyDeleteAwak gunakan tanah apa?
ReplyDelete