Monday 12 September 2011

Cendawan Selepas Hujan

Sejak dua tiga hari ni, hujan turun membasahi bumi kawasan sini pada sebelah petang. Alhamdulillah. Nyaman dan sejuk suasana. Dapat jugak jimatkan air siram pokok-pokok. ;>
Balik kerja petang tadi masa keluar dari kereta, ternampak tompok putih atas rumput. Saya pun pergi la jenguk lebih dekat nak tau apa ke bendanya. Laa rupanya ada sepohon cendawan yang tumbuh di celah-celah rumput. Apa lagi, tanpa buang masa terus snap gambar cendawan tu. Tak pasti la pulak cendawan ni beracun ke tidak. Ni la gambar cendawan tu.





Cendawan dari jarak dekat

Besar jugak cendawan ni. Lebih kurang besar tapak tangan.

1 comment: