Monday 30 April 2012

Terung Pipit Silap Tempat ;>

Pada satu pagi minggu lepas, semasa tengah tunggu budak2 sampai sekolah, saya terpandang sepohon pokok berhampiran coridor tempat laluan budak2. masa tu ada 3 orang budak darjah 1 sedang bergembira berlari-larian berhampiran pokok tu. Apa lagi, terus saya arahkan diaorang menjauhkan diri dari tempat tersebut. Jenguk2 dah besar panjang rupanya pokok ni. Sebelum ni memang tak perasan ada pokok terung kat situ. Terus saya snap beberapa gambar pokok terung pipit yang tersilap 'landing'.... ;>


Dah besar pokok ni....

Bunga terung pipit yang lebat. Cuma snap sebahagiannya saja. Subur pulak tu, macam dibaja.

Ni dia buahnya...Banyak jugak. Ada duri pokok ni. So bahaya la..Cikgu-cikgu sekalian, mari kita pakat kutip. Jangan membazir.. ;>

5 comments:

  1. makngah saya dulu buat sambai tumis dgn terung ni... saya tak makan tapi kalau terung biasa saya makan... kalau tak salah di tmpt saya panggil terung belanda....mana mai belanda pun tak tau la pulak.

    ReplyDelete
  2. saya suka buat sambal tumis ikan bilis letak terung ni.. buat kering2 tu..sedapp..

    ReplyDelete
  3. cikbugs dan hernyhafiz: kalau kat terengganu ni plak super ringkas kutip, celur dan cicah ngan budu. makan ngan nasi.

    ReplyDelete
  4. Masa duduk kat Johor dulu belajar makan terung ni. Subur sungguh.

    ReplyDelete
  5. terung ni memang tak payah disemai... burung suka-suka tabur benih merata-rata... tiba-tiba ada je... ;p

    ReplyDelete