Salam kepada semua. Bunga ros memang tak asing bagi kaum hawa. Boleh dikatakan rata-rata kaum hawa gemar bunga ros. Ikutkan hati nak tanam setiap jenis dan setiap warna pokok bunga ros. Namun menanam pokok bunga ros merupakan cabaran besar. Kena sabar. Bukan apa, tak kena gaya, cepat pulak matinya. Saya pernah bawa balik pokok ros Cameron Highlands. Lebih kurang seminggu je tahan dengan cuaca kat bawah ni. So saya pun ambil keputusan tanam ros kampung ajelah. Lebih lasak. Tambah pulak baunya pun wangi. Tapi beberapa bulan lalu saya ada beli pokok bunga ros dari nursery. Dwi warna. Pokok ni dari Thailand. Alhamadulillah. Kali ni dah masuk 4 kali berbunga. Setelah ditukar pasu, makin subur pulak. Sekarang menunggu masa untuk berkembang lagi. Saya ada beli majalah LAMAN (edisi bulan bila tak ingat ) nanti ada kesempatan saya kongsikan. Dalam tu ada fokus cara jaga dan tanam pokok ros.Salah satu tips jaga pokok ros yang dinyatakan dalam majalah tu bila time siram pastikan siram di bahagian batang sahaja. Jangan bagi air kena daun. Kalau tidak daun akan bertukar kekuningan dan gugur. Jadi boleh lah cuba ye.
Dah pindah ke "rumah baru "..Banyak cabang baru dah keluar..
Salah satu kuntum yang bakal berkembang. Ada 5 semuanya.
Akan kembang dengan warna seperti ini. InsyaAllah.
Ni masa mula-mula dibeli dari nursery tahun lepas.
Buku orang putih bila bab companion planting selalu kata tanam garlic dengan ros di bawahnya untuk elak serangan penyakit. Tak tahulah mujarab ke tidak. Memang betul pokok selalunya elok elak siram kat daun biar kat tanah dekat batangnya aje supaya tak mudah sakit. Wah tak sabar nak tengok bunga ros tu berkembang.
ReplyDeleteterima kasih diana. boleh la cuba petua tu lepas ni.sayang tengok pokok baru nak subur tiba2 kena 'serangan hendap' pulak.hihi.frust la macam tu.
ReplyDelete