Monday 11 June 2012

Kembali Bekerja

Musim cuti berlalu sudah. Rutin harian bermula seperti biasa. Sebaik sampai dirumah, terus jenguk laman. Alhamdulillah. Pokok-pokok masih  subur dan yang paling galak ialah rumput rampai. Hati rasa gembira apabila pokok yang saya tanam sebelum bercuti dah menunjukkan pertumbuhan antaranya pokok bunga gladiolus dan marigold yang dibeli dari diana bulan lepas. Cuma gambar belum diambil lagi. Kesempatan bercuti di Korea tempoh hari beri peluang untuk saya meluaskan pandangan di negara orang. Ternyata sungguh berbeza baik muka bumi mahupun tumbuhan di sana. Sayang sekali musim bunga baru sahaja berakhir dan berganti dengan musim panas. Tapi tak menghampakan kerana saya dan rombongan "cik kiah junior" ( murid sekolah ) dibawa ke kawasan rural atau pergunungan di sebelah utara korea selatan. Suasana sejuk dan nyaman, pokok pine memenuhi gunung dan tanah pamah ditanam dengan pelbagai jenis sayuran. Sejuk mata memandang. Ternyata orang korea ni suka berkebun, kenapa tidak hinggakan dalam bandar pun masih ada ruang untuk tanam sayur dan padi. Ok lah tak nak citer panjang-panjang, cuci mata dulu gambar bunga yang sempat saya snap berdekatan hotel pertama penginapan saya dan rombongan.

sepasu penuh bunga daisy.

daisy putih.


ni kalau tak silap bunga cosmos. tapi daunnya berbeza dari cosmos yang saya tanam kerana daunnya lebih mirip kepada daun ulam raja, yang ni lain.

cantik kan kalau tanam banyak-banyak, sekali berbunga serentak. penuh kuning sekeliling rumah.

cosmos kuning ni dapat dilihat hidup liar dikawasan bukit sepanjang jalan.

8 comments:

  1. korea? bestnyer...tgh musim bunga?

    ReplyDelete
  2. ye lynn. korea selatan. tak sempat, musim bunga dan habis.ni bunga tka bemusim je tinggal. ;>

    ReplyDelete
  3. wawahhh...seronok tu boleh tgk bunga negara luar... kalau di malaysia ni, selain cameron highland, tempat mana lagi banyak bunga ekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.peluang tengah ada tu yang seronok gi melancong.nak harap pergi sendiri rasanya payah sgt.rasanya kalau semenanjung kat cameron je kot boleh tgk bunga yang susah nak tanam kat rumah kan.

      Delete
  4. Ada bawa balik benih bunga dari korea? ;-).
    Saya pula pergi korea dulu musim salji rasa nak beku tangan dan kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi diana. frust juga ni terlupa nak mencari benih bunga maklumlah ikut tour guide ni susah la sikit nak menyinggah sana sini, kejar masa.

      Delete
  5. saya pernah sampai korea sekali je. rasanya takde can nak pergi lagi. huhu. korea memang sangat cantik. bandar dan orangnya sangat comel-comel. balai polis dia pun nampak comel! hehe

    ReplyDelete
  6. cantik bunga daisy beratus2 kuntum!!.... cosmos kuning tumbuh meliar di Korea tentu menarik.....

    ReplyDelete