Sunday 5 August 2012

Bekas Ulam

Sudah masuk pertengahan Ramadhan rupanya. Adakah masa yang pantas berlalu atau kita yang dibuai kelalaian? Emmm susah jugak nak menjawabnya. Jawapan ada pada diri masing-masing, kan. Apapun semenjak Ramadhan ni blog ni pun belum dikemaskini lagi. Bukan blog sahaja malah kebun pun tak sempat nak membeleknya. Nasib baik sempat menyiram kalau tak mau mati kehausan semua pokok-pokok tu. Ni pun 'curi masa ' menjenguk blog. Pasu ni ada 2 jenis ulam : kesum, ulam raja . Yang pasti kesum tu ditanam, manakala ulam raja rasanya tumbuh tanpa ditanam. Hihi.

Kesum nampak macam tak berapa sihat.

5 comments:

  1. kesum saya dah selamat dicabut kerana kekeringan yang ekstrim T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok kesum memang tak hidup lama kan. sampai masa dia akan mati. kita kena tanam semula lepas tu.

      Delete
    2. saya tanam kesum dalam bekas takde lubang...cuma tebuk lubang separas tanah supaya air tak bertakung jadi sarang nyamuk pulak.. alhamdulillah, guna teknik ni, pokok kesum subur... tak de masalah kering..

      Delete
    3. maknanya akar dia akan sentiasa terendam lah ye Ibu SS? oooo..oke2, boleh lah ikut cara ni sok-sok dah beli keratan yang baru dari pasar. thanks :)

      Delete
  2. lynn tanam terus ke tanah.. makin subur tapi memang kena siram air byk

    ReplyDelete