Tuesday 25 September 2012

Ros Tidak Sihat

Sudah lama tidak up date blog. Bukan sengaja. Bila dah mula kerja selepas raya, masa terhad sangat untuk blogging. Hanya sempat buat blog walking tu pun dalam beberapa minit sahaja. Seronok tengok blogger lain up date blog masing-masing. Semangat untuk berkebun tak pernah luntur namun aktiviti untuk kerja dan rumah kena diutamakan. Akibat dari itu, pokok-pokok yang ada kurang mendapat perhatian. Ada yang dah mula 'merajuk'. Bila tengok keadaan tu, mula la susah hati. Salah satunya pokok bunga ros yang dah tak berapa sihat kebelakangan ini.



Dalam tak sihat masih sudi berbunga. Tapi bunga pun tak sihat.

Pucuk yang keluar pun kelihatan kering dan kerinting. Daun lain pun sama.

Daun yang kekal kering di hujung.
Yang ini kritikal sehingga saya ambil keputusan untuk togelkan saja.






4 comments:

  1. Kesian ros tuh..td sy kekedai benih..mencari2 jgk benih ros, tp takder lak dijual..hah..putih mata & berangan sajalah tgk orng tanam rose...

    ReplyDelete
  2. ros pokok yang manja... selalu shj saya baca... kalau tanam ros kena selalu belai manjakan pokok itu... beri air pun tak boleh lebih sangat nanti akar mudah berkulat... tapi pun tak bole tahan cuaca panas terik dan kurang air... itu sebabnya daun kerinting dan kuning... saya pernah tanam ros semasa dikampung dulu... skrg tidak - tak sempat la nak belai bagai pokok ros tu... :)

    ReplyDelete
  3. oo. boleh tahan cerewet juga nak menjaganya. kalau nampak bunga ros cantik kat laman orang tu pastilah indikator pemiliknya sangat rajin membelai pokok ros kan. huhu. konpem bukan kat laman saya lah.

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua. sekarang saya tengah cuba guna rose food. harap pokok tu sihat semula. sayang jugak nak biar mcm tu.

    ReplyDelete