Thursday 31 January 2013

Ros Yang Rajin Berbunga

Pokok ros ini dibeli bulan disember yang lalu di Sungai Buloh, tapi bukan lot 57. Tujuan ke sana memang nak ke lot 57 tapi bila sampai nursery tu tutup lunch. Frust sangat. Cuma jenguk-jenguk luar pagar aje. Oleh kerana tak mau pulang dengan tangan kosong, singgah la satu nursery, lot berapa tak ingat. Tapi nursery ni jual macam-macam pokok termasuk ros. Jadi saya pun rembat yang ni sepasu yang dah siap ditanam dalam pasu tanah liat. Dah jimat tak perlu repot. Hihi. Sejak dibawa balik, diberi baja, disembur dengan ros care, ros ni belum stop berbunga. Alhamdulillah. Setelah digoogle kalau tak silap, nama ros ni lavaglut. Dan memang jenis yang sentiasa berbunga dan senang dijaga. Walaupun tak berbau wangi, namun kemeriahan berbunga menyejukkan hati. ;>

Ros lavaglut. Kalau silap harap betulkan ye.

warnan merah hati. Saiznya besar sikit dari ros mini.

Ada yang berbunga sekuntum, ada yang keluar berkuntum.

Lagi kuntum bunga. Yang penting sekali pokok perlu sihat.



6 comments:

  1. cantik-cantik...terasa nak tanam jugak..biasa sy g sg buloh singgah nursery paling..lot berapa tak ingat..

    ReplyDelete
  2. terangnya warnanya..meriah sungguh tp sayang x berbau sangat ek..sy baru nak berjinak-jinak tanma bunga ros

    ReplyDelete
  3. mmg berseri dgn ros nie..cantik

    ReplyDelete
  4. salam.. boleh share tak semburan rose care tu macam mana? TQ in advance. :)

    ReplyDelete