Monday 25 February 2013

Cantik dan Wangi

Ini adalah antara ros yang mempunyai warna yang cantik. Bukan setakat cantik, malah sangat wangi. Namanya ebb tide. Warnanya terang, dan apabila dah lama kembang, warnanya jadi seakan ungu sedikit. Pertama kali tengok, terus tak sabar nak tanam. Sekarang ni tengah nak cari yang bernama angel face pulak. Kalau di google si angel face ni pasti jatuh cinta...kaler purple.....

Ros ebb tide. Dalam proses bertunas dan berbunga.

Baru nak kembang.

Satu dah kembang tapi duduk bawah sangat di celah daun. Malu agaknya.Cantik Warnanya.

Ni la angel face..Tapi bukan di rumah...di google. Maunya tak jatuh cinta. Cantik kan. Ni masuk list akan datang... ;>





4 comments:

  1. Salam Hijaudaun,

    Jeles tengok ros ni! Rasa macam jam ni jugak nak cari ebb tide dan angel face ni!! Angel face tu memang sungguh cantik, siapalah x jatuh cinta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak tahu jenis-jenis bunga ros sebab tak berapa minat. suka macam tu je, tak bersungguh. tapi sekarang boleh dikatakan kemaruk ros pulak. ;>

      Delete
    2. Salam Hijaudaun,

      biasa beli ros kat mana? Kat Sg. Buloh ke?? Mak Aji ada perasan kws di Sg. Buloh menghala ke airport Subang di kiri ada satu tmpt jual ros saja??

      Delete
    3. ros kat rumah banyak saya beli melalui pos mak aji. kalau kat sg buloh nursery 57 yang jual ros saje. setakat ni belum berpeluang masuk nursery tu, tengok dr luar je. plan nak gi jugak nanti. nak cari ros yang belum ada. hihi.

      Delete