Sunday 3 February 2013

Sepasu Pokok Kesum

Pokok kesum antara tumbuhan herba yang menjadi satu kemestian ada di laman kebanyakkan rakyat Malaysia ( yang suka bertanam lah kan ). Cuma masalahnya bila dah tanam dan membiak dengan baik sekali, tak terasa pulak nak menggunakannya. Tapi bila dah tak ada atau yang ditanam dah mati, mula tercari-cari pulak. Setakat ni kat rumah ada sepasu. Tu pun dah dipetik sekali buat ramuan asam pedas ikan tenggiri. Sekarang dalam proses bertunas semula. Pokok kesum perlukan air yang banyak untuk subur. Cuaca panas sekarang kena la rajin menyiram. Kalau tidak mati kekeringan.

Walaupun sedikit, cukuplah  untuk 2 orang macam kami. ;>

Subur jugak lah. Alhamdulillah. Ni pic sebelum dipetik.


16 comments:

  1. akak pun gitu jgk..bila tader tercari2..bila ade hampeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kak. bila beli banyak pulak. bukan boleh beli sikit2.lagi satu kesum ni tak tahan lama. sampai masa mati dengan sendiri kan.

      Delete
  2. Gini lah rupa daun kesum sy mula-mula tanam dulu..punyalah susah nak hidup...sekarang dah rimbun dalam pasu jadi hiasan..sebab tak termakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak per nadia. bila dah rimbun cantik jugak jadi hiasan. eksotik gitu..

      Delete
  3. Dulu sy punya merimbun..tp bila cuti pantang bersalin anak kedua..mati kering..sejak hr tu byk kali cuba tanam tp x thn lama...xtaula ape tulahnya...mcm pembunuh pokok kesum bersiri pulak rasanya heheheh padahal senang je kot nak tanam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...pembunuh pokok kesum bersiri? mungkin merajuk agaknya tu.

      Delete
  4. Akak punya kesum pun dah kiok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni pun tak tau la kak lama mana boleh tahan. hihihi

      Delete
  5. hehehe... mak kita selalu kata 'org kalau ada 'sombong' bila dah takde baru nak cari'.... hehehe... mmg kena kat batang hidung sendiri... selalu biar je kesum sampai merimbun (tak termakan)... bila pokok mula tua dan kering baru sibuk2 nak masak asam pedas... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak. kesum ni bukan banyak resepi boleh guna. yang saya tau asam pedas dengan kuah laksa dan ulam laksa je.

      Delete
  6. Sepasu yg cukup utk keluarga. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. sebab tu sikit aje semainya.

      Delete
  7. kesum saya pun senasib dengan kak Mar.. dah kiok.. hari tu banyak, eksen tak mo makan.. dah takde sedih je hati ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang kesum ni bila semai senang hidup, kadang2 susah hidup. saya ni dah percubaan kedua la. sempat jugak merasa hasilnya. pening jugak pikir nak masak apa lepas ni guna kesum...;>

      Delete
  8. lynn punya dah naik semak.. rasa mcm nak buang jer, tapi bau dia tu menaikkan semangat

    ReplyDelete