Saturday, 8 February 2014

Khabar Gembira Si Cosmos

Pada 26 Januari lalu saya telah post entri mengenai pokok bunga cosmos. Pada masa itu tiada tanda-tanda ianya akan berbunga. Si cosmos seakan-akan mengerti perasaan tuannya ni. Akhirnya si cosmos dengan kehendak Allah akhirnya membawa berita gembira. Alhamdulillah.

Gambar bertarikh 04.02.2014. Masa ni angin kuat, nak snap pun payah, tu yang senget tu.
07.02.2014. Kudup bunga semakin tinggi dan membesar.  1 pokok lagi belum ada tanda-tanda berbunga.
close up salah satu kudup yang bakal kembang. Hmmm agak-agak warna apa la yang akan muncul ye.

Monday, 3 February 2014

Si Telang Akhirnya Berpaut

Tercapai juga hasrat nak tanam pokok bunga telang. Selama ni tengok pokok orang ajer. Ketika pokok ni mula mengeluarkan sulur untuk berpaut saya alihkan dia ke bawah pokok ceri Malaysia. Dengan harapan dia merayap atas pokok tu. Beberapa hari duk intai-intai, tak nak pulak dia merayap. Sulur pulak makin tinggi. akhirnya hari Sabtu lepas saya ajarkan dia merayap. Lilitkan sulurnya ke batang pokok ceri. Dua kali jugaklah mengajar si telang ni. Akhirnya hari ni dah melekat sulur ke pokok ceri.


Si bunga telang biru mencari tempat berpaut.


Merayaplah ye dengan gembira. ^_^

Friday, 31 January 2014

Anak-anak Tomato

Dari sebiji buah tomato yang tak habis dimakan. Sekali campak dalam pasu plastik, bercambah-cambah dia tumbuh. Alhamdulillah. InsyaAllah akan dijaga sehingga berbuah hendaknya.

menunggu masa untuk dialihkan.

Antara yang sempat dialihkan. Itupun masih berbaki lagi. Bekas pulak dah habis. Emm nak kena beli bekas pulak.

Monday, 27 January 2014

Kecik-kecik Sudah Berbunga

Rasanya ni spesis zuccini tapi tak sure yang mana sebab saya ada semai 2 jenis. Yang hidupnya 1 jenis ni saje. Duduk dalam pasu plastik saiz kecil. Teragak-agak nak alih ke tempat yang selesa takot pokoknya terbantut jadi saya biarkan dia dalam pasu tu. Pokoknya tak besar mana tapi nampak macam tak sabar nak berbunga.

Banyak pulak putik bunga nak keluar.

Ni dah hampir kembang. Dan pada masa posting ni dicatat, dua kuntum sudah kembang tapi tak sempat snap balik kerja tengok dah kuncup. Lambat sangat bertindak kan. ^ _^



Sunday, 26 January 2014

Menunggu Si Cosmos

Pokok bunga cosmos antara yang ditanam beberapa bulan lepas sebelum kejadian banjir besar di sini. Namun Alhamdulillah, area taman kembojaputih selamat. Sekarang pokok bunga cosmos dah besar panjang hampir separas lutut dan syukur masih subur walaupun kurang diberi perhatian sebab berada di laman belakang. Masih tertanya-tanya apakah warna yang akan muncul. Sabar menanti.


4 sekawan pokok bunga cosmos. Daunnya cantik halus mulus.

Wednesday, 30 October 2013

Selamat Petang Rabu ;>

Ini jer yang mampu.... ^ _^

Friday, 27 September 2013

AWAS! Jangan Terlalu Ghairah Mencium Ros

Wah. Amaran keras bunyinye ye. Ada sebab saya katakan demikian. Cuba lihat.





Haa. Nampak tak area yang dibulatkan merah tu. Bende halus-halus itu dikenali dengan nama thrips. Salah satu serangan pada kuntuman bunga ros. Jadi kalau nak cium ros, kena hati-hati ye. Takut serangga halus ni masuk ke dalam hidung. Sebenarnya serangan serangga halus ni dapat dikesan lebih awal ketika bunga belum berkembang sepenuhnya. Antara tanda-tandanya ialah seperti di bawah.


Ini antara tanda-tanda awal. Kuntum bertukar coklat dan seperti tidak mahu kembang. Daun pun kerinting dan tidak subur.


Dan apabila kembang, tidak cantik dan inilah yang mendukacitakan hati penanam ros seperti saya. Hihi.
Ubatnya yang paling mudah ialah....


Saya gunakan ini. Selamat untuk pokok ros. Boleh sembur ketika pokok mula mengeluarkan kuntum atau apabila daun menjadi kerinting. Sembur 2 atau 3 kali seminggu pada waktu senja. Selamat mencuba. ^ _ ^