Sunday 20 May 2012

Menjengah Ke Laman Dapur

Kali ni baru ada peluang nak share laman belakang rumah. Laman ni dalam cadangan nak jadikan laman dapur untuk tanam pokok-pokok yang boleh dimakan. Antara yang dah mendiami lebih awal laman ni 2 rumpun serai, sepohon pokok limau kasturi, pokok kacang botol yang dah mula merayap-rayap, pokok cili, sepohon pokok daun sup, sepohon pokok daun bawang dan ulam raja. Semua sepohon, tu je yang sempat. Lagipun area ni nak kena kerja kuat sebab tanahnya terlebih keras sarat dengan batu batan. Nak buat vege patch pun ambil masa. Tuan rumah pulak asyik bz memanjang. Entah bila boleh jadi kenyataan.


Pokok bawang. Dah berapa kali jadi hiasan hidangan. Walaupun kecik, tapi jasanya besar. ;>

Pokok ulam raja masih rendah. Disebabkan ada sepokok sahaja tu pun agak lambat besar sebab keadaan tanah yang keras. Belum dipetik lagi ni. Beri peluang dia meninggi dulu.



3 comments:

  1. dulu area belakang rumah kita pun banyak batu... buat sikit-sikit... minggu ni buang batu... minggu depan tambun tanah baru... minggu lagi satu baru nak semai benih... hihihihi... org bekerja la katakan... ;p

    ReplyDelete
  2. tu la kak. semangat nak berkebun sepenuh masa belum kesampaian lagi.

    ReplyDelete
  3. rumah saya pun byk sgt batu & simen.. bhg belakang tersangat luas tapi syg sumer bersimen, dah retak sana sini...kena lah beli bekas ikan tu..semlm tried tanam bucida sepokok kat sebelah kandang arnab.harap2 dia boleh survive

    ReplyDelete