Wednesday 9 January 2013

Semaian Baru Di Tahun Baru

Rasanya belum terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru untuk semua yang sudi menjengah ke blog kembojaputih ni. Akhir tahun lepas tak banyak aktiviti di laman yang dapat dibuat memandangkan musim hujan melanda hampir setiap hari. Alhamdulillah area rumah saya selamat dari dinaiki air. Jadi aktiviti yang popular pada waktu sebegini ialah duduk dalam rumah, mengadap novel. ;> Sempena tahun baru ni saya mula menyemai benih bunga matahari dan kemangi untuk kali kedua. Benih kemangi ni saya kumpul dari pokok induknya yang dah mula kering. Semoga tahun baru ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya untuk kita semua. Kepada blogger berkebun, teruskan berkebun secara sihat.

Anak-anak kemangi yang mula menjelma.



Benih kemangi dan bunga matahari berkongsi bekas. jangan gaduh2.

Anak-anak pokok bunga matahari cepat meninggi.

5 comments:

  1. Memang nampak gemuk anak-anak benih tu. Selamat Tahun Baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih diana. gemuk sebab tanah tu dah campur dgn baja taik ayam. ;>

      Delete
  2. Selamat tahun baru hijaudaun, tanah tu beli kat nursery ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nadia. tanah tu dicampur dua. satu tanah dkt nursery campur tanah gambut beli kat kedai peladang. tanah tu dah lama terbiar kemudian saya campur dengan baja taik ayam, biarkan selama seminggu tapi kena siram. lepas tu baru saya semai. mungkin sebab tu nampak sihat pokok tu.

      Delete
    2. okes terima kasih..nak try wat jugak campur2 gini...:D

      Delete