Assalamualaikum. Untuk tahun 2014 ni, keluarga kembojaputih yang 2 orang telah disertai dengan ahli baru iaitu pokok tin. 3 jenis pokok tin yang berlainan baka dibeli
di sini. Encik suami sangat teruja bila tengok pokok tin di blog berkenaan. Jadi bersungguh-sungguh encik suami berhajat nak mendapatkannya. Puan isteri pulak pada awalnya agak was-was kerana harganya yang agak lumayan dan tak berapa nak konfiden, takut kiok jer. ^_^. Namun dengan penuh tawakal dibeli lah jugak pada pertengahan Januari lepas. Sekarang sudah pun 2 bulan pokok-pokok tin dibawah jagaan puan isteri bukan encik suami. Chup. terlepas taip pulak. Tak per lah. Sapa-sapa yang jaga tak kisah lah janji pokoknya sihat kan.
 |
yang sebelah kiri pokok tin baka xinjiang, tengah green jordan dan kanan BTM6. |
|
 |
close up sikit. kelihatan subur setelah diberi baja tahi ayam. amat risau nak letak baja takut tak sesuai. |
Berapa lama agaknya boleh bebuah pokok tin ni?
ReplyDeleteNpak mcm beminat..hehe
menurut kata penjual, dalam masa 3 bulan dah boleh berbuah. kalau tengok kan pokok yang saya tanam ni macam kecik lagi, macam lambat lagi.
Delete