Alhamdulillah. Akhirnya hujan mula turun agak kerap sebelah petang minggu ini. Sudah 2 bulan rasanya tanah di laman kering. Tuan tanah pun hilang mood untuk membelek pokok-pokok di laman. Hilang mood juga untuk bersiaran. Keadaan udara di sini ketika sebelum hujan amat tidak sihat. Hampir setiap pagi menghidu bau asap akibat kebakaran hutan dan tempat pembuangan sampah. Setelah hujan kembali membasahi bumi, keadaan bertambah baik. Pokok-pokok yang ada antara yang gembira dan ceria semula di laman. Tuan tanah pun gembira juga. ^_^ Rindu untuk menjengah kebun kawan-kawan. Lepas ni nak hilangkan rindu.
 |
Bunga-bunga kembali ceria. |
|
|
 |
Patty pan squash ( rasanya ) semakin gemuk. Daun pun dah melebar. Tunggu masa keluar bunga betinanya. |
 |
Rain lily suka hujan. Dah lama berehat. Akhirnya berbunga. Sesuai dengan namanya. |
Itulah rahmat hujan yang turun. Rumah akak ni sampai tak menang tangan nak cabut rumpai2 yang menyubur...
ReplyDeletekak mala. bab tu yang tak tahan tu. rumput tu sampaikan lebih subur dan cepat tumbuh banding pokok yang kita tanam. ;>
DeleteBukan makin hijau saja tapi warna-warni di rumah baru :).
ReplyDeleteSuburnya pattypan squash tu.
alhamdulillah Diana. Dah lama kering kontang. Sampaikan malas nak keluar rumah. Patty pan squash tu lepas letak baja makin gemuk dia.
Deletenampak segar subur semua nya...pattypan squash ni tanaman sayuran atau hiasan...cantik daun nya
ReplyDeleteCantik pokok Patty pan squash ...nak soalan macam nadia..
ReplyDelete1st time tengok pokok nii
Nadia, sud@is. sejak hujan turun lega sikit rasa hati. patty pan squash jeni sayur. mungkin adik beradik zuccini atau labu. buahnya warna kuning. pernah tengok diana tanam. cuma saya duk tunggu bunga betina belum muncul, sebelum ni bunga jantan jer.
ReplyDeleteSeronok tengok pokok pattypan squash tu... anak pokok akak dah kena baham dek siput dan lintah bulan..
ReplyDeleteNak tanya la kan, pokok yg dalam 1st picture ats skali tu, yg bunga2 kuning kecik comel, daun hijau terang tu pokok apa? apa nama saintifik dia? bunganya nampak macam tegetes tenuifolia, tapi daun tak sama. Btw cantik & subur pokok2 yg ditanam
ReplyDelete