Semalam terasa nak makan laksa terengganu. Sebelum-sebelum ni sure mak buatkan, tapi kali ni kena la buat sendiri. ;> Nasib baik resepi laksa terengganu ni the simplest ever. Hihihi. Selepas siapkan laksa dan bahan utama ( santan + isi ikan + bawang merah + lada hitam tumbuk ) tiba masa nak hiris ulam-ulamnya pulak. Jenguk kat belakang rumah, ada sepohon pokok ulam raja dan sepasu pokok kesum ( bila tanam ni ? ) haa ni mak bagi dengan pasu-pasunya sekali. Bertuah punya badan. So petik la mana yang ada plus ulam yang dipetik dari kedai ;> ( timun, kacang panjang, kobis ) sebab belum ditanam lagi. Semalam puas hati sangat dapat makan laksa buatan sendiri. Makan sampai lupa diri akibatnya pagi ni terlajak bangun pagi. Apa lagi kelam kabut la pagi ni.
biarkan ulam raja tu sampai berbunga... nanti benih dia dibawa angin... bersepah la ulam raja di laman... ;p
ReplyDeletelepas dah tu makan ulam untuk sepinggan laksa.. betul kata ejamaria, esok bersepahlah pokok ulam raja atas tanah, tapi kalau dalam pasu kena semai gak kot..
ReplyDeleteTeringin sangatlah pula rasa nak makan. Dah lama tak rasa.
ReplyDelete