Friday, 21 August 2015

Blog Yang Sepi

Assalamualaikum kepada yang ada menjengah blog saya ni. ( ada ke ? ) : >
Sudah setahun lebih menyepi, blog pun tak berisi, hari ni diberi ruang oleh Allah untuk mengadap blog.
Apapun tak nak cakap banyak. Just nak share pokok tin yang saya tanam dulu. Lama menunggu dia nak berbuah. Alhamdulillah tahun ni menjadi-jadi pulak keluar buahnya. Sukaaa.



satu dahan banyak putiknya. ada lagi kat dahan lain ni.

Ni dah besar sikit.

Ni pulak, main cucuk-cucuk keratan batang pokok tin. Alhamdulillah hidup. Tu ada penjaganya.

Monday, 19 May 2014

Subur Selepas Hujan

Alhamdulillah. Akhirnya hujan mula turun agak kerap sebelah petang minggu ini. Sudah 2 bulan rasanya tanah di laman kering. Tuan tanah pun hilang mood untuk membelek pokok-pokok di laman. Hilang mood juga untuk bersiaran. Keadaan udara di sini ketika sebelum hujan amat tidak sihat. Hampir setiap pagi menghidu bau asap akibat kebakaran hutan dan tempat pembuangan sampah. Setelah hujan kembali membasahi bumi, keadaan bertambah baik. Pokok-pokok yang ada antara yang gembira dan ceria semula di laman. Tuan tanah pun gembira juga. ^_^  Rindu untuk menjengah kebun kawan-kawan. Lepas ni nak hilangkan rindu.



Bunga-bunga kembali ceria.


Patty pan squash ( rasanya ) semakin gemuk. Daun pun dah melebar. Tunggu masa keluar bunga betinanya.


Rain lily suka hujan. Dah lama berehat. Akhirnya berbunga. Sesuai dengan namanya.

Friday, 18 April 2014

Tomato Vs Lili

Berkesempatan balik ke rumah mak hari ni. Tiap kali balik, memang saya akan meninjau pokok-pokok yang ditanam mak. Kadang-kadang tu naik jeles jugak. Mana taknya, menjadi je pokok-pokok dibawah jagaan mak saya tu. Benih tomato yang saya semai Januari lalu antara yang diserahkan penjagaan kepada mak. Sekarang bukan main subur lagi mereka kat sana. Bahagia agaknya dibelai setiap hari. ^_^




Subur dan rimbun. Dah mula keluar putik bunga. Lepas  ni boleh la datang mengutip buah. hahaha.



Ni pulak koleksi lili di rumah mak. Bukan main lagi berbunga serentak. Macam berpakat dah.  


 
Yang merahnya mak ngah ni paling menonjol. Besar bunganya.









Friday, 28 March 2014

Bunga Kosmos Lagi

Kali ni nak share kisah pokok bunga kosmos spesis kampung. Ini cubaan kali kedua saya tanam kosmos yang ini. Kali pertama saya gagal. Gagal yang saya maksudkan ialah pokoknya tidak mahu berbunga. Pokok sihat dan bukan main subur serta tinggi. Namun tiada tanda berbunga akhirnya saya cabut dan buang. Kali ini, pisang hampir berbuah dua kali. Pokoknya sihat, subur dan tinggi dan hampir-hampir dicabut. Cuma apabila saya belek-belek pucuknya nampak ada tanda-tanda berbunga saya tak jadi cabut. Akhirnya kosmos benih dari kampung mertua berbunga dengan jayanya.




Ni la dia. Tinggi melepasi pagar baru nak berbunga. Orang lain tanam kecik-kecik dah berbunga. Sedey.
Tengok daunnya tu. Hijau macam ulam raja. Tapi sayang tak boleh makan. Betul kan?


Nak snap bunga pun dah tak kesampaian.



Cantik pulak warna orennya.

Thursday, 20 March 2014

Ahli Baru : Pokok Tin

Assalamualaikum. Untuk tahun 2014 ni, keluarga kembojaputih yang 2 orang telah disertai dengan ahli baru iaitu pokok tin. 3 jenis pokok tin yang berlainan baka dibeli di sini. Encik suami sangat teruja bila tengok pokok tin di blog berkenaan. Jadi bersungguh-sungguh encik suami berhajat nak mendapatkannya. Puan isteri pulak pada awalnya agak was-was kerana harganya yang agak lumayan dan tak berapa nak konfiden, takut kiok jer. ^_^. Namun dengan penuh tawakal dibeli lah jugak pada pertengahan Januari lepas. Sekarang sudah pun 2 bulan pokok-pokok tin dibawah jagaan puan isteri bukan encik suami. Chup. terlepas taip pulak. Tak per lah. Sapa-sapa yang jaga tak kisah lah janji pokoknya sihat kan.





yang sebelah kiri pokok tin baka xinjiang, tengah green jordan dan kanan BTM6. 



close up sikit. kelihatan subur setelah diberi baja tahi ayam. amat risau nak letak baja takut tak sesuai.




Friday, 14 February 2014

Ros Putih Yang Meriah

Salam Jumaat yang barakah kepada semua. Antara koleksi bunga ros yang tidak pernah mengecewakan sehingga hari ni. Alhamdulillah. Gambar ni dah lama tersimpan dalam handphone, baru sekarang ada masa untuk di postkan di sini.





Sebelum kembang.





Apabila kembang. Sampai berat dahannya, meriah sangat. 



Apa yang saya pelajari dalam menanam pokok bunga terutama ros, setiap kali bunga sudah gugur, terus potong dahan tu untuk menggalakkan tunas dan bunga baru. Selain tu jugak, sekali sekala boleh cubit buang pucuk baru bagi melebatkan bunga. Sama-samalah kita cuba ye.

Monday, 10 February 2014

Si Cosmos Serlah Kecomelannya

Alhamdulillah. Penantian sudah berakhir. Agak susah nak tengok bunga cosmos berdaun halus ni di tempat kita terutama di tanah rendah. Selalu yang ditanam cosmos spesis daun serupa ulam raja. Tapi sekarang cosmos yang cantik ni ada di depan mata. Terasa aura negara Jepun pulak bila melihat cosmos ni. ^ _^. Kalau tanam banyak-banyak tentu meriah kan. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yanng sudi memberi respon untuk entri si cosmos.







Terima kasih kepada Mar ( suka-suka ) dan Tiny Gardener kerana sudi teka warna si cosmos ni. Dan inilah warna sebenarnya. Comel kan.

Lepas ni harap boleh cari warna lain pulak.

Saturday, 8 February 2014

Khabar Gembira Si Cosmos

Pada 26 Januari lalu saya telah post entri mengenai pokok bunga cosmos. Pada masa itu tiada tanda-tanda ianya akan berbunga. Si cosmos seakan-akan mengerti perasaan tuannya ni. Akhirnya si cosmos dengan kehendak Allah akhirnya membawa berita gembira. Alhamdulillah.

Gambar bertarikh 04.02.2014. Masa ni angin kuat, nak snap pun payah, tu yang senget tu.
07.02.2014. Kudup bunga semakin tinggi dan membesar.  1 pokok lagi belum ada tanda-tanda berbunga.
close up salah satu kudup yang bakal kembang. Hmmm agak-agak warna apa la yang akan muncul ye.

Monday, 3 February 2014

Si Telang Akhirnya Berpaut

Tercapai juga hasrat nak tanam pokok bunga telang. Selama ni tengok pokok orang ajer. Ketika pokok ni mula mengeluarkan sulur untuk berpaut saya alihkan dia ke bawah pokok ceri Malaysia. Dengan harapan dia merayap atas pokok tu. Beberapa hari duk intai-intai, tak nak pulak dia merayap. Sulur pulak makin tinggi. akhirnya hari Sabtu lepas saya ajarkan dia merayap. Lilitkan sulurnya ke batang pokok ceri. Dua kali jugaklah mengajar si telang ni. Akhirnya hari ni dah melekat sulur ke pokok ceri.


Si bunga telang biru mencari tempat berpaut.


Merayaplah ye dengan gembira. ^_^

Friday, 31 January 2014

Anak-anak Tomato

Dari sebiji buah tomato yang tak habis dimakan. Sekali campak dalam pasu plastik, bercambah-cambah dia tumbuh. Alhamdulillah. InsyaAllah akan dijaga sehingga berbuah hendaknya.

menunggu masa untuk dialihkan.

Antara yang sempat dialihkan. Itupun masih berbaki lagi. Bekas pulak dah habis. Emm nak kena beli bekas pulak.

Monday, 27 January 2014

Kecik-kecik Sudah Berbunga

Rasanya ni spesis zuccini tapi tak sure yang mana sebab saya ada semai 2 jenis. Yang hidupnya 1 jenis ni saje. Duduk dalam pasu plastik saiz kecil. Teragak-agak nak alih ke tempat yang selesa takot pokoknya terbantut jadi saya biarkan dia dalam pasu tu. Pokoknya tak besar mana tapi nampak macam tak sabar nak berbunga.

Banyak pulak putik bunga nak keluar.

Ni dah hampir kembang. Dan pada masa posting ni dicatat, dua kuntum sudah kembang tapi tak sempat snap balik kerja tengok dah kuncup. Lambat sangat bertindak kan. ^ _^



Sunday, 26 January 2014

Menunggu Si Cosmos

Pokok bunga cosmos antara yang ditanam beberapa bulan lepas sebelum kejadian banjir besar di sini. Namun Alhamdulillah, area taman kembojaputih selamat. Sekarang pokok bunga cosmos dah besar panjang hampir separas lutut dan syukur masih subur walaupun kurang diberi perhatian sebab berada di laman belakang. Masih tertanya-tanya apakah warna yang akan muncul. Sabar menanti.


4 sekawan pokok bunga cosmos. Daunnya cantik halus mulus.

Wednesday, 30 October 2013

Selamat Petang Rabu ;>

Ini jer yang mampu.... ^ _^

Friday, 27 September 2013

AWAS! Jangan Terlalu Ghairah Mencium Ros

Wah. Amaran keras bunyinye ye. Ada sebab saya katakan demikian. Cuba lihat.





Haa. Nampak tak area yang dibulatkan merah tu. Bende halus-halus itu dikenali dengan nama thrips. Salah satu serangan pada kuntuman bunga ros. Jadi kalau nak cium ros, kena hati-hati ye. Takut serangga halus ni masuk ke dalam hidung. Sebenarnya serangan serangga halus ni dapat dikesan lebih awal ketika bunga belum berkembang sepenuhnya. Antara tanda-tandanya ialah seperti di bawah.


Ini antara tanda-tanda awal. Kuntum bertukar coklat dan seperti tidak mahu kembang. Daun pun kerinting dan tidak subur.


Dan apabila kembang, tidak cantik dan inilah yang mendukacitakan hati penanam ros seperti saya. Hihi.
Ubatnya yang paling mudah ialah....


Saya gunakan ini. Selamat untuk pokok ros. Boleh sembur ketika pokok mula mengeluarkan kuntum atau apabila daun menjadi kerinting. Sembur 2 atau 3 kali seminggu pada waktu senja. Selamat mencuba. ^ _ ^

Tuesday, 10 September 2013

Penyakit Ros

Sejak kebelakangan ini hujan turun agak kerap. Alhamdulillah. Tak perlu risau nak menyiram pokok. Hujan pulak elok-elok 2 kali sehari. Cuaca pun redup dan tidak seperti sebelum ini panas terik. Bila balik kerja terkejar-kejar nak siram pokok. Cuma bila time hujan ni yang agak merisaukan adalah pokok-pokok ros. Maklumlah ros tak tahan hujan berpanjangan. Mudah benar diserang penyakit. Kalau tak dicegah, boleh merebak keseluruhan pokok.

Blackspot antara masalah yang tidak dapat dipisahkan dengan pokok ros. Kalau terjadi begini, kutip semua daun yang tidak sihat dan buang jauh-jauh. 

Ros kampung / Damask

Merah tak tahu nama
Seven sisters

Double delight.
Menanam pokok ros memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih dan agak cerewet. Namun hasilnya memang memuaskan.

Monday, 12 August 2013

Vege Patch Segera ^_ ^

Salam Aidilfitri untuk semua. Walaupun masih dalam mood raya, kebun mini belakang rumah selalu dijenguk-jenguk progres nya. Bukan apa, risau andai diserang serangga-serangga yang tak diundang. Vege patch segera ni saya buat akhir bulan ramadhan lepas. Waktu pagi bulan puasa banyak masa free, tak perlu terkejar-kejar nak buat breakfast, jadi kemas laman belakang sikit-sikit mana yang sempat. Kumpul batu-batu yang tertanam dalam tanah lepas korek, susun punya susun jadilah vege patch segera ni. Niatnya nak habiskan stok benih yang ada sebelum expired. Alhamdulillah, beberapa jenis sayur dah dialih ke vege patch tersebut. Sekarang tunggu masa untuk lihat hasilnya pulak. ;>

Vege patch segera yang carca marba.
Pokok timun jepun yang berlubang dicipta oleh kekabuh timun. Hari-hari duk kejar kekabuh tu. Pandai pulak nampak kita datang cepat jer terbang selamatkan diri. Geram.

Alhamdulillah sawi sihat dan tidak diserang serangga pemakan daun.

Selasih sekadar tanam buat peneman. ;>

Pokok tembikai kuning benih campak-campak jer. ;>

Terung ada dalam 6 pokok. Ni salah satu. Kecik lagi.

Saturday, 13 July 2013

Update Ros Lagi :> Midnight Blue

Maaf la sekarang banyak update pasal ros. Pertama sebab ros tengah galak berbunga. Kedua sebab kebanyakkan pokok ros duduk laman depan. So selalu menjenguknya. Ketiga kebun sayur duduk laman belakang, jarang dijenguk. Sekarang dah naik semak. Dalam proses pembersihan dan menyemai benih. ;>




Midnight blue antara ros yang susah nak jumpa di nursery biasa. Bila dah jumpa di 'nursery maya' terus rembat.



Wednesday, 10 July 2013

Cuci Mata Di Hari Pertama Ramadhan 2013

Assalamualaikum. Ini hanya update pantas untuk hari ni. Bila dah lama tak update blog, hinggakan lupa nak klik yang mana. Teruk betul. Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini. Semoga segala urusan ( terutama yang berkebun tu ) dipermudahkan Allah.


Pohon rose Sweetness semakin tinggi. Berbunga lebat kali ni.

Warna ungu muda dan wangi.

Pra kembang.

Kembang penuh dan bersaiz besar.